Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Wee Fishery Farm

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Wee Fishery Farm

Lawatan Kerja YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Wee Fishery Farm yang terletak di Kg. Pasir Gogok, Kota Tinggi Johor. Wee Fishery Farm yang diusahakan oleh En Liew Ni Wee menjalankan aktiviti pembiakan dan pembenihan ikan marin seperti Siakap, Merah dan Giant Trevally. Jumlah pengeluaran telur ikan marin yang dihasilkan […]

Majlis Penganugerahan Organisasi Konservasi, Mission Blue Award 2025

Majlis Penganugerahan Organisasi Konservasi, Mission Blue Award 2025

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) berbesar hati menyokong Majlis Penganugerahan Organisasi Konservasi, Mission Blue Award 2025, yang diadakan sempena Ekspo Diving, Resort & Travel (DRT) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Anugerah ini diberikan kepada tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi mereka dalam pemuliharaan ekosistem marin di Malaysia. Majlis ini disempurnakan oleh YBrs. […]

Sesi Perjumpaan Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri Bersama YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Perikanan Malaysia

Sesi Perjumpaan Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri Bersama YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Perikanan Malaysia

Satu perjumpaan antara Tuan Chan Ming Kai, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri bersama YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah diadakan pada 21 Februari 2025 bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Sesi perjumpaan ini bertujuan membincangkan tentang sektor perikanan negara terutamanya melibatkan urusan pelesenan vesel-vesel penangkapan ikan serta meningkatkan […]

Sesi Temu Sua Ketua Setiausaha KPKM bersama Pemain Industri Akuakultur Marin

Sesi Temu Sua Ketua Setiausaha KPKM bersama Pemain Industri Akuakultur Marin

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menganjurkan satu sesi temu sua bersama pemain industri akuakultur marin sebagai medium komunikasi yang berkesan di antara pemain industri dengan pihak jabatan. Sesi tersebut, yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), berjaya menarik penyertaan 78 individu terdiri daripada wakil persatuan, […]

Temui kami Jabatan Perikanan Malaysia di Expo Pertanian 2025

Jabatan Perikanan di Ekspo Pakar Pertanian

Ekspo Pertanian 2025 yang berlangsung dari 20 hingga 22 Februari 2025 di Dewan A, MAEPS, Serdang, Selangor membawa pelbagai inovasi, peluang perniagaan dan seminar eksklusif . Ekspo ini merupakan platform terbaik untuk penggiat industri pertanian, usahawan, penternak akuakultur dan orang awam mendapatkan maklumat terkini mengenai teknologi serta inovasi dalam sektor pertanian. Jangan lepaskan peluang untuk […]

Majlis Pelancaran Perkhidmatan Logistik Ninja Cold

majlis pelancaran perkhidmatan logistik Ninja Cold dari Ninja Van Malaysia

YB Tuan Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia telah merasmikan majlis pelancaran perkhidmatan logistik Ninja Cold dari Ninja Van Malaysia yang merupakan perkhidmatan penghantaran makanan sejuk beku seluruh Malaysia. Bagi memperluaskan pasaran produk sejuk beku ini, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) turut menyokong pelancaran Perkhidmatan Logistik Ninja Cold ini dalam memastikan penghantaran yang efisien, sekali gus mengekalkan […]

Lawatan Kerja YB Datuk Seri Mohamad Sabu Ke Pulau Payar

YB Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, telah mengadakan lawatan kerja ke Pulau Payar bersama pengurusan tertinggi Kementerian bagi meninjau status terkini pemuliharaan terumbu karang sertaperkembangan aktiviti pemuliharaan dan konservasi marin di kawasan Taman Laut. Dalam lawatan ini, YB Menteri telah menyempurnakan upacara simbolik restorasi karang sebagai tanda bahawa aktiviti pemuliharaan dan […]

Kunjungan Hormat daripada Kementerian Pertanian Uzbekistan ke Jabatan Pertanian Malaysia sempena Lawatan Rasmi TYT Shavkat Mirziyovev, President Uzbekistan ke Malaysia

perjumpaan antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dengan delegasi Uzbekistan yang terdiri daripada Kementerian Pertanian Uzbekistan

Satu perjumpaan antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dengan delegasi Uzbekistan yang terdiri daripada Kementerian Pertanian Uzbekistan, Government of Tashkent Province dan Government of Kashkadarya Province telah diadakan pada 5 Februari 2025. Kunjungan ini diadakan sempena program Lawatan Rasmi TYT Shavkat Mirziyoyev, Presiden Uzbekistan ke Malaysia yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Februari 2025. Sesi […]

34,500 Benih Ikan Air Tawar dilepaskan ke Perairan Sungai Pahang

Perairan Sungai Pahang

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah menyempurnakan Program Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Sungai Pahang. Sebanyak 34,500 ekor benih ikan iaitu 10,000 ekor ikan terbul, 500 ekor ikan patin buah dan 24,000 ekor lampam sungai berjumlah RM16,500 yang disumbangkan oleh Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok, Pahang dilepaskan. Ketua Pengarah Perikanan Malaysia […]

32, 000 Benih Udang Galah dilepaskan ke Perairan Sungai Belat

32, 000 Benih Udang Galah dilepaskan ke Perairan Sungai Belat

Pada pagi ini, telah berlangsung program Pelepasan Benih Udang Galah di sungai belat, Kuantan oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Sebanyak 32,000 ribu benih udang galah yang disumbangkan oleh Pusat Penetasan Udang Galah Kg. Acheh, Sitiawan, Perak. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah melaksanakan program pelepasan lebih 21 juta ekor benih […]