Pengenalan Jabatan
- Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bertanggungjawab mengurus serta memantau aktiviti perikanan dan akuakultur secara mampan bagi memastikan bekalan makanan yang selamat dan berkualiti kepada masyarakat.
- Pejabat ini berperanan memajukan sektor perikanan melalui program pembangunan, khidmat nasihat teknikal dan penguatkuasaan yang menyokong pertumbuhan industri serta kesejahteraan komuniti setempat.
Perutusan Pengarah
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Pujian dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat, rahmat dan kurnia-Nya, Laman Web Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dapat dihasilkan.
Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bertanggungjawab dalam menguruskan dan menerajui sub sektor perikanan terutama sektor pembangunan akuakultur, jaminan biosekuriti perikanan, penguatkuasaan dan penghasilan produk perikanan yang berkualiti, pasaran yang meluas serta mampu berdaya saing bagi pengeluaran perikanan yang kondusif.
Bagi mendukung visi dan misi Jabatan Perikanan Malaysia agar menguruskan sumber perikanan secara mampan dan efisyen, salah satu platform bagi merealisasikan peranan jabatan kepada golongan sasar adalah dengan mewujudkan mekasisma perantaraan melalui saluran laman web jabatan yang efektif, cepat dan tepat. Laman web ini akan sentiasa dikemaskini bagi tujuan hebahan dan perkongsian berkenaan aktiviti, program, bantuan dan informasi-informasi terkini kepada orang awam dan golongan sasar khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sehubungan itu, orang ramai juga boleh berkongsi pandangan, teguran serta memberi maklumbalas mahupun sebarang pertanyaan bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang lebih berkesan.
Adalah diharapkan Laman Web Rasmi Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mampu memberi sumber rujukan dn wadah utama berkenaan perkhidmatan yang disediakan. Pihak jabatan mengalu-alukan maklumbalas dan pandangan yang membina bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan Jabatan.
Sekian, terima kasih.
PENGARAH
PEJABAT PERIKANAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
Senarai Pejabat Perikanan Daerah
- Pejabat Perikanan WP Kuala Lumpur/Putrajaya adalah bahagian dari Jabatan Perikanan Malaysia yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan sektor perikanan di WP Kuala Lumpur/Putrajaya.
- Misi jabatan adalah untuk mengurus dan membangunkan sektor perikanan secara mapan, dinamik, dan berdaya saing berasaskan maklumat saintifik dan perkhidmatan berkualiti.
Ruangan Sosial
Contact Us
Pejabat Perikanan WP Kuala Lumpur/Putrajaya
- Aras 3, Podium 1, Blok 4G2, Wisma Tani No.30, Persiaran Perdana, Presint 4 62628 PUTRAJAYA
- 03-8870 4387/4388/4389
- suhanah@dof.gov.my
