MAHA2024 Courtesy Visit from the Department of Fisheries of Brunei Darussalam to the Director General of the Department of Fisheries Malaysia

Ybhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia, was pleased to receive a delegation from the Brunei Darussalam Department of Fisheries, Ministry of Primary Resources and Tourism led by Yang Mulia Dayang Hajah Wanidawati binti Haji Tamat, Director of the Brunei Darussalam Fisheries Department to the Fisheries Agrofood Site in conjunction with the Agriculture, Horticulture and Agro-Tourism Exhibition (MAHA) 2024. The Brunei delegation also discussed cooperation related to the fisheries and aquaculture industry that can be carried out between the Department of Fisheries Malaysia and the Department of Fisheries Brunei through the Fisheries Research Institute. The delegation was invited by YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Minister of Agriculture and Food Security. The Brunei delegation was also taken to visit the Aquaculture Gallery, the World Gallery of River Fish Sanctuary, the World Gallery of Oceans, the World Gallery of Aquatic Science, the Megafauna Pavilion and the Gallery of Innovation, Technology and Modernisation. Also present during the visit was Puan Yeo Moi Eim, Senior Director of Fisheries Biosecurity Division, YBhg. Dato’ Azahari bin Haji Othman, Senior Director of the Aquaculture Division, Mr. Nazri bin Ishak, Director of the Policy and Strategic Planning Division and fisheries officers of the headquarters.
#MAHA2024 Kunjungan Hormat daripada Jabatan Perikanan Brunei Darussalam Kepada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, berbesar hati menerima kunjungan delegasi Jabatan Perikanan Brunei Darussalam, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan yang diketuai oleh Yang Mulia Dayang Hajah Wanidawati binti Haji Tamat, Pengarah Jabatan Perikanan Brunei Darussalam ke Laman Agrofood Perikanan bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024. Lawatan delegasi Brunei juga membincangkan kerjasama berkaitan industri perikanan dan akuakultur yang boleh dijalankan antara Jabatan Perikanan Malaysia dan Jabatan Perikanan Brunei melalui Institut Penyelidikan Perikanan. Delegasi ini atas jemputan YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Delegasi Brunei turut dibawa melawat ke Galeri Akuakultur, Galeri Dunia Santuari Ikan Sungai, Galeri Dunia Samudera, Galeri Dunia Sains Akuatik, Pavillion Megafauna dan Galeri Inovasi, Teknologi dan Modenisasi. Hadir sama dalam sesi kunjungan ini adalah Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan, YBhg. Dato’ Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Encik Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik serta pegawai-pegawai perikanan ibu pejabat.
Freshwater Fish Release at AgroFood Nanas Farm, Maeps Lake in conjunction with MAHA 2024

The Lake Laman Agro-Food Pineapple LPNM in MAEPS Serdang, Selangor was the location for the Freshwater Fish Release Brief Ceremony held yesterday. The ceremony was officiated by YBrs. En. Mohd Khairuzamri bin M.Salleh, Director General of the Malaysian Pineapple Industry Board (LPNM), together with YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia. The presence of these two figures signifies the close cooperation between the two government agencies in developing the country’s agriculture and fisheries sectors. A total of 23,060 freshwater fish, including 8,060 Lampam Sungai, 5,000 Lampam Giraffes, and 10,000 Puyu, have been released. The total amount of fish worth RM8,530.00, was donated by the Perlok Aquaculture Development Centre, Jerantut, Pahang. In addition to this event, LPNM also introduced the idea of an ecosystem that can be created for fish pond operators who are interested in venturing into the field of pineapple cultivation. This initiative aims to promote the integration of the
Pelepasan Ikan Air Tawar di Tasik Laman AgroFood Nanas, Maeps sempena MAHA 2024

Tasik Laman Agro-Food Nanas LPNM di MAEPS Serdang, Selangor telah menjadi lokasi Majlis Ringkas Pelepasan Ikan Air Tawar yang diadakan semalam. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Khairuzamri bin M.Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), bersama YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Kehadiran kedua-dua tokoh ini menandakan jalinan kerjasama erat antara dua agensi kerajaan dalam memajukan sektor pertanian dan perikanan negara. Sebanyak 23,060 ekor ikan air tawar, termasuk 8,060 ekor Lampam Sungai, 5,000 ekor Kerai Lampam, dan 10,000 ekor Puyu, telah dilepaskan. Jumlah ikan bernilai RM8,530.00, disumbangkan oleh Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok, Jerantut, Pahang. Sebagai tambahan pada majlis ini, LPNM juga telah memperkenalkan idea ekosistem yang dapat diwujudkan bagi pengusaha kolam ternakan ikan yang berminat untuk menceburi bidang penanaman nanas. Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan integrasi antara industri nanas dan perikanan, sekaligus memberikan peluang kepada pengusaha untuk meningkatkan pendapatan melalui pendekatan yang lebih berdaya maju. Keseluruhan acara ini mencerminkan usaha berterusan untuk mempromosikan pembangunan lestari sektor pertanian dan perikanan di Malaysia, disamping mempromosikan tasik buatan yang baru siap dibina untuk dipersembahkan kepada para pengunjung Laman Agro Food Nanas untuk edisi Maha kali.
Fish Sanctuary Among myKP Kuala Sat Tourism Products

Ybhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries attended the YBhg Friendly Programme. Director General of Fisheries Malaysia with myKP Kuala Sat, Jerantut, Pahang. In his speech, the Director General of Fisheries said he hoped that one day myKP Kuala Sat would be listed on the country’s tourism map. The activities carried out by myKP Kuala Sat are fish sales, river fish sanctuary, services along the Sat River, camping, trekking and kayaking. In addition, the program, which lasted for two days from 7 September to 8 September 2024, carried out fish release activities, folk sports, and village feasts to strengthen friendship in the community. Also present at the ceremony were the Director of the Fisheries Development Division Puan Khazlita Adzim binti Abdol Aziz, the Director of Terengganu State Fisheries En. Ruzaidi bin Mamat and staff of the Department of Fisheries Malaysia.
Santuari Ikan Antara Produk Pelancongan myKP Kuala Sat

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan hadir Program Ramah Mesra YBhg. Ketua Pengarah Perikanan Malaysia bersama myKP Kuala Sat, Jerantut, Pahang. Dalam ucapan Ketua Pengarah Perikanan, beliau berharap satu hari nanti myKP kuala Sat akan tersenarai dalam peta pelancongan negara. Aktiviti yang dijalankan myKP Kuala Sat adalah penjualan ikan, santuari ikan sungai, perkhidmatan menyelusuri Sungai Sat, aktiviti perkhemahan, trekking dan berkayak. Selain itu, Program yang berlangsung selama dua hari pada 7 September hingga 8 September 2024 telah menjalankan aktiviti pelepasan ikan, sukan rakyat, dan kenduri kampung bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam komuniti. Turut hadir sama dalam majlis ini Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan Puan Khazlita Adzim binti Abdol Aziz, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu En. Ruzaidi bin Mamat serta kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.
29 thousand fish fry were released at myKP Kuala Sat

Ybhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia visited myKP Kuala Sat. During this visit, he released 500 kelah fish fry and 28 500 river lampam fish fry worth RM 19,250.00 donated by the Perlok Aquaculture Development Centre and planted golden shower saplings. Prior to that, the Director General of Fisheries was briefed on myKP by En. Johari bin Tim, Head of Fisheries Development and Community Branch, and inland fisheries conservation awareness briefing by Mohamad Hafiz Mushidi bin Shakori, Head of Catch Fisheries Resources Branch, Pahang State Fisheries Office. Also present at the ceremony were the Director of the Fisheries Development Division Puan Khazlita Adzim binti Abdol Aziz, the Director of Terengganu State Fisheries En. Ruzaidi bin Mamat and staff of the Department of Fisheries Malaysia.
Sebanyak 29 Ribu Ekor Benih Ikan Dilepaskan di myKP Kuala Sat

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah ke myKP Kuala Sat. Dalam lawatan ini, Beliau telah melepaskan 500 ekor benih ikan kelah dan 28 500 ekor benih ikan lampam sungai bernilai RM 19,250.00 yang disumbangkan oleh Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok dan menanam anak pokok pancuran emas . Sebelum itu, Ketua Pengarah Perikanan telah diberi taklimat ringkas myKP oleh En. Johari bin Tim Ketua Cawangan Pengembangan Dan Komuniti Perikanan, dan taklimat kesedaran konservasi perikanan darat oleh Mohamad Hafiz Mushidi bin Shakori Ketua Cawangan Sumber Perikanan Tangkapan Pejabat Perikanan Negeri Pahang. Turut hadir sama dalam majlis ini Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan Puan Khazlita Adzim binti Abdol Aziz, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu En. Ruzaidi bin Mamat serta kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.
1 thousand red kelah fish seeds were released in the National Park

Ybhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia, released 1 thousand Red Kelah Fish Fry at the Kelah Sanctuary, Lubuk Tenor, Pahang National Park today. Red Kelah Fish Seeds were donated by the Perlok Aquaculture Development Centre worth RM 25,000.00. The Director General of Fisheries Malaysia was also briefed by En. Muhamad Azizi bin Mustapa, Deputy Superintendent of Pahang National Parks, Department of Wildlife Protection and National Parks (PERHILITAN). In addition, this fish release activity can also create the potential for inland fisheries research and innovation collaboration between the Department of Fisheries Malaysia (DOF) and Perhilitan. Also present at the ceremony were the Director of the Fisheries Development Division Puan Khazlita Adzim binti Abdol Aziz, the Director of Terengganu State Fisheries En. Ruzaidi bin Mamat and staff of the Department of Fisheries Malaysia.
Sebanyak 1 Ribu Ekor Benih Ikan Kelah Merah Dilepaskan di Taman Negara

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah melepaskan 1 Ribu Ekor Benih Ikan Kelah Merah di Santuari Kelah, Lubuk Tenor Taman Negara Pahang pada hari ini. Benih Ikan Kelah Merah telah disumbangkan oleh Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok yang bernilai RM 25,000.00. Ketua Pengarah Perikanan Malaysia turut diberi taklimat ringkas oleh En. Muhamad Azizi bin Mustapa Timbalan Penguasa Taman Negara Pahang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Selain itu, Aktiviti pelepasan ikan ini juga turut dapat mewujudkan potensi kerjasama penyelidikan dan iventori perikanan darat antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dengan Perhilitan. Turut hadir sama dalam majlis ini Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan Puan Khazlita Adzim binti Abdol Aziz, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu En. Ruzaidi bin Mamat serta kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.