Official Portal

Department Of Fisheries Malaysia

Ministry Of Agriculture and Food Security

Tukun Rekreasi LRT Pertama di Malaysia

Pahang telah berjaya mencatat rekod di dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan melabuhkan dua gerabak tren Transit Aliran Ringan (Light Rail Transit) sebagai tukun tiruan (artificial reef) pertama ke dasar laut Pulau Tioman. Bersempena dengan peristiwa yang bersejarah ini, satu majlis pelancaran bagi program yang turut dikenali sebagai ‘Malaysia Book of Records: The First LRT Coach Reef in Malaysia’ telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah di Berjaya Tioman Resort. Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah bertitah inisiatif yang dicetuskan oleh Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) itu diharap dapat memberi impak positif kepada sektor pelancongan di pulau peranginan tersebut. Pulau Tioman merupakan pulau terbesar dalam sekumpulan sembilan buah pulau yang membentuk Taman Laut Pulau Tioman. la telah dipilih kerana kekayaan persekitaran marinnya dan bagi mengurangkan tekanan kepada terumbu karang di kawasan sekitarnya. Program ini dianjurkan oleh Yayasan Al-Sultan Abdullah dengan kerjasama Gaya Travel Media, serta disokong penuh oleh Lembaga Pembangunan Tioman, Malaysia Book of Records, Prasarana Malaysia Berhad, Jabatan Perikanan Malaysia, Tourism Pahang, Berjaya Hotels & Resorts, Salam Alliance Sdn. Bhd dan Aqualight Motion.

Malaysia’s First LRT Recreational Tukun

Pahang has succeeded in setting a record in the Malaysia Book of Records (MBOR) by anchoring two Light Rail Transit train carriages as the first artificial reef to the seabed of Tioman Island. In conjunction with this historic event, a launching ceremony for the programme also known as ‘Malaysia Book of Records: The First LRT Coach Reef in Malaysia’ was officiated by His Majesty the Sultan of Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah at Berjaya Tioman Resort. At the event, Al-Sultan Abdullah said the initiative initiated by Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) is expected to have a positive impact on the tourism sector on the resort island. Tioman Island is the largest of the nine islands that make up the Tioman Island Marine Park. LA was chosen because of the richness of its marine environment and to reduce the pressure on the coral reefs in the surrounding area. The programme is organised by Yayasan Al-Sultan Abdullah in collaboration with Gaya Travel Media, and fully supported by the Tioman Development Authority, Malaysia Book of Records, Prasarana Malaysia Berhad, Department of Fisheries Malaysia, Tourism Pahang, Berjaya Hotels & Resorts, Salam Alliance Sdn. Bhd and Aqualight Motion.

Status Perikanan dan Akuakultur Dunia (SOFIA)

Sesi ke-36 Jawatankuasa Perikanan yang bermula di FAO Rome hari ini (8 Julai 2024) dimulakan dengan perbincangan mengenai Status Perikanan dan Akuakultur Dunia (SOFIA) serta kemajuan dalam pelaksanaan Kod Tingkah Laku untuk Perikanan yang lestari serta instrumen berkaitan. Laporan SOFIA 2024 menyoroti jumlah pengeluaran perikanan dan akuakultur mencapai rekod tertinggi sebanyak 223.2 juta tan pada tahun 2022, terdiri daripada 185.4 juta tan haiwan akuatik dan 37.8 juta tan alga. Untuk pertama kalinya, akuakultur menyumbang pengeluaran haiwan akuatik yang besar (51 peratus) berbanding perikanan tangkapan. Malaysia menekankan keperluan agar SOFIA sentiasa menyelaraskan penemuannya dengan penunjuk SDG,untuk memastikan selaras dan relevan dalam usaha global ke arah perikanan dan akuakultur yang mampan. Sesi ke-36 COFI dijadualkan tamat pada 12 Julai 2024, Jumaat. Delegasi Malaysia diketuai oleh Encik Nazri Ishak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Jabatan Perikanan Malaysia dan Penasihat Pertanian Encik Abdul Rahman Abdul Wahab, Wakil Tetap Alternatif Malaysia ke Agensi-agensi Berasaskan PBB di Rome.

Status of World Fisheries and Aquaculture

The 36th Session of the Committee on Fisheries which began at FAO Rome today (8 July 2024) began with discussions on the Status of World Fisheries and Aquaculture (SOFIA) as well as progress in the implementation of the Code of Conduct for Sustainable Fisheries and related instruments. The SOFIA 2024 report highlights total fisheries and aquaculture production reaching a record high of 223.2 million tonnes in 2022, comprising 185.4 million tonnes of aquatic animals and 37.8 million tonnes of algae. For the first time, aquaculture accounts for a large proportion of aquatic animal production (51 percent) compared to capture fisheries. Malaysia emphasized the need for SOFIA to always align its findings with the SDG indicators, to ensure consistency and relevance in global efforts towards sustainable fisheries and aquaculture. The Malaysian delegation was led by Mr. Nazri Ishak, Director of Policy and Strategic Planning Division, Department of Fisheries Malaysia and Agriculture Adviser Mr. Abdul Rahman Abdul Wahab, Permanent Representative of Malaysia to UN-Based Agencies in Rome.

National Level Maal Hijrah Celebration Ceremony 1446H/2024MM Celebration Ceremony

His Majesty the King Sultan Ibrahim has agreed to go with His Majesty the King Queen Tunku Raja Zarith Sofiah to the National Hijrah Celebration Ceremony Year 1446H / 2024M on 7 July 2024 (Sunday) corresponding to 1 Muharram 1446H at the Putrajaya International Convention Center (PICC). In conjunction with this year’s Ma’al Hijrah Celebration, the Government has chosen the theme “Al-Falah Pemalash Madani Malaysia”. This theme is a manifestation of the essence of the teachings of the Prophet SAW and it is a very significant theme to drive the people in this country towards true success in this world and the hereafter. In this context, the development of the ummah based on the concept of al-Falah (success) needs to be sown, worked on, lived and achieved in order to realize the Idea of ​​CIVILIZED Malaysia. The highlight of the National-Level Ma’al Hijrah Celebration Ceremony in the Year 1446H/ 2024M was the presentation of the Royal Decree by His Majesty the Yang di-Pertuan Agong and was followed by the Presentation of National and International Ma’al Hijrah Figures Awards. Also present in this ceremony YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah Deputy Director General of Fisheries (Management) and a total of 29 members of the Malaysian Fisheries Department.

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024MMajlis Sambutan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah berkenan untuk berangkat bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Raja Zarith Sofiah ke Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H / 2024M pada 7 Julai 2024 (Ahad) bersamaan 1 Muharram 1446H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sempena Sambutan Ma’al Hijrah tahun ini, Kerajaan telah memilih tema “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”. Tema ini adalah manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat. Dalam konteks ini, pembangunan ummah yang berteraskan konsep al-Falah (kejayaan) ini perlu disemai, digarap, dihayati dan dicapai bagi merealisasikan Gagasan Malaysia MADANI. Kemuncak Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/ 2024M ini adalah penyampaian Titah Diraja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dan diikuti dengan Penyampaian Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Hadir sama dalam majlis ini YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) dan seramai 29 orang warga Jabatan Perikanan Malaysia.

Retirement Ceremony

Malaysian Fisheries Department express their highest appreciation and thanks to YBrs. Tuan Haji Bohari bin Haji Leng, Deputy Director General of Fisheries Malaysia (Development) for all the services and contributions that have been poured out throughout the service period. The dedication and commitment shown by Tuan Haji is an inspiration to all members of the department and has had a great impact on the development and progress of this department. YBrs. Tuan Haji Bohari is an officer who has devoted his devotion and service to the Malaysian Fisheries Department since 1991 with great dedication and commitment. Throughout his 33 years of service, he has shown excellent leadership and always strives to ensure the progress and development of the fisheries sector in Malaysia reaches a proud level. Happy retirement to Tuan Haji Bohari bin Haji Leng. Thank you for all the service and service you have given. Indeed, Tuan Haji’s service and devotion will always be remembered and appreciated. All members of the department pray that Tuan Haji Bohari and his family will always be given good health, happiness and well-being as they embark on a new phase of life. May you continue to excel and be successful in whatever field you venture into after this.

Majlis Lambaian Kasih, Budi Dikenang

Seluruh warga Jabatan Perikanan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Tuan Haji Bohari bin Haji Leng, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia (Pembangunan) atas segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh Tuan Haji adalah inspirasi kepada semua warga jabatan dan telah memberi impak yang besar kepada perkembangan dan kemajuan jabatan ini. YBrs. Tuan Haji Bohari merupakan seorang pegawai yang telah mencurahkan bakti dan khidmatnya kepada Jabatan Perikanan Malaysia sejak tahun 1991 dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi. Sepanjang 33 tahun tempoh perkhidmatan, beliau telah menunjukkan kepimpinan yang cemerlang dan sentiasa berusaha memastikan kemajuan dan perkembangan sektor perikanan di Malaysia mencapai tahap yang membanggakan. Selamat bersara kepada Tuan Haji Bohari bin Haji Leng. Terima kasih di atas segala khidmat bakti dan jasa yang telah dicurahkan. Sesungguhnya, jasa dan bakti Tuan Haji akan sentiasa dikenang dan dihargai. Seluruh warga jabatan mendoakan agar Tuan Haji Bohari dan keluarga sentiasa diberi kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kesejahteraan dalam menempuh fasa kehidupan yang baru. Semoga terus cemerlang dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.

14th Asean Shrimp Alliance (ASA) Meeting

Malaysia has hosted the 14th ASEAN Shrimp Alliance (ASA), 16th ASEAN Fisheries Consultative Forum (AFCF) & 32nd ASEAN Sectoral Working Group on Fisheries (ASWGFI) which lasted for 5 days from 1 to 5 July 2024. The meeting was chaired by the Thai delegation. The Malaysian delegation was led by YBrs Puan Yeo Moi Eim, Senior Director of the Biosecurity Division as the National Focal Point and represented by YBhg. Dato’ Haji Azhari bin Haji Othman, Senior Director of Aquaculture Division as Alternate National Focal Point, YBrs Dr Azhar bin Hamzah, Senior Director of Fisheries Research Institute, Director of Policy and Strategic Planning Division, Director of Southeast Asian Marine Resources Institute, Deputy Director of Capture Fisheries Resources Division, and Deputy Director of Fisheries Conservation and Protection Division. The meeting was attended by all ASEAN Member States, Secretary General of the Southeast Asian Fisheries Development Center (SEAFDEC) and assisted by the ASA Secretariat and the ASEAN Secretariat. The meeting informed, among others, ASEAN Member States on the development of programmes and projects under this cooperation network. In addition, the meeting also discussed the direction of expanding the scope of this cooperation network to include fish commodities and other fish products. ASEAN Member States also shared information and initiatives of their respective countries to develop the shrimp industry and trade in the region.

Mesyuarat 14th Asean Shrimp Alliance (ASA)

Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada mesyuarat 14th ASEAN Shrimp Alliance (ASA), 16th ASEAN Fisheries Consultative Forum (AFCF) & 32nd ASEAN Sectoral Working Group on Fisheries (ASWGFI) yang berlangsung selama 5 hari bermula 1 hingga 5 Julai 2024. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh delegasi Thailand. Delegasi Malaysia diketuai YBrs Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti sebagai National Focal Point dan diwakili oleh YBhg. Dato’ Haji Azhari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur sebagai Alternate National Focal Point, YBrs Dr Azhar bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Pengarah Institut Sumber Marin Asia Tenggara, Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan, dan Timbalan Pengarah Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Negara Ahli ASEAN, Secretary General Southeast Asian Fisheries Development Center (SEAFDEC) dan dibantu oleh Sekretariat ASA serta Sekretariat ASEAN . Mesyuarat ini antara lainnya memaklumkan Negara Ahli ASEAN berkaitan perkembangan program dan projek di bawah jaringan kerjasama ini. Selain itu, Mesyuarat ini juga membincangkan hala tuju peluasan skop jaringan kerjasama ini untuk merangkumi komoditi ikan dan hasil ikan yang lain. Negara Ahli ASEAN juga berkongsi maklumat dan inisiatif-inisiatif negara masing-masing untuk membangunkan industri dan perdagangan komoditi udang di rantau ini.

FishComm Hotline