Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

FishCom

Soalan Lazim

Maklum Balas

Hubungi Kami

Peta
Laman

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
  • Pelajar adalah meliputi pelajar yang mengikuti pengajian di IPT di dalam dan luar negara yang diiktiraf;
  • Pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia;
  • Latihan industri yang diduduki merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya;
  • Tempoh latihan industri tertakluk kepada tempoh yang ditetapkan oleh IPT;
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik; dan
  • Diperakukan oleh Ketua Dekan/Ketua Program di IPT masing-masing.

  • Pemohonan ini adalah bagi pelajar yang ingin mengikuti latihan industri di Jabatan Perikanan Malaysia termasuk Pusat Pengembangan Akuakultur, Pusat Pengembangan Perikanan, Pusat Taman Laut dan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI).
  • Permohonan hanya akan diproses dua (2) bulan sebelum tarikh menjalani latihan industri bermula.
  • Dokumen-dokumen seperti berikut adalah diperlukan bagi memudahkan pihak DOF untuk membuat pertimbangan penempatan dan projek/tugasan yang bersesuaian dengan bidang pengajian pelajar:
    • Borang Permohonan Mengikuti Latihan Industri (Borang PLKK.LI/KP.1/2020). Borang boleh didapati di bawah;
    • Surat Permohonan Menjalani Latihan Industri daripada IPT;
    • Resume pelajar berserta dengan gambar pasport terkini; dan
    • Salinan Transkrip (rekod akademik pelajar)
  • Pihak IPT hendaklah mengemukakan dokumen permohonan yang lengkap melalui pos sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum pelajar mula menjalani latihan industri ke alamat seperti berikut:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Jabatan Perikanan Malaysia,
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan,
Aras 4, Podium 2, Blok 4G2,
No. 30 Persiaran Perdana, Presint 4, 
62628 PUTRAJAYA.
Tel: 03-8870 4601
Faks: 03-8889 1052
Emel: zarulmuzamil@dof.gov.my

  • Pihak DOF tidak akan melayan sebarang permohonan yang tidak lengkap.
  • Sekiranya terdapat kemusykilan berkaitan pertanyaan dan permohonan sila hubungi di talian 03-8870 4636.
  • Tarikh akhir bagi penghantaran permohonan pelajar latihan industri adalah seperti jadual berikut:

Maklumat Tambahan

  • Jabatan Perikanan Malaysia tidak menyediakan kemudahan penginapan dan pengangkutan kepada pelajar yang diterima untuk menjalani latihan industri. 
  • Jabatan Perikanan Malaysia juga tidak menyediakan elaun latihan kepada pelajar latihan industri disebabkan kekangan peruntukan yang terhad.
Jabatan Perikanan Malaysia​
Pautan Lain-lain
Pautan DOF
Jumlah Pelawat : 100,561,02 Pelawat | Tarikh Kemaskini : 16 Oktober 2025
Hakcipta Terpelihara © 2026 Institut Penyelidikan Perikanan