Pejabat Undang-Undang
Utama » Info Korporat » Bahagian / Unit » Pejabat Undang-Undang
Latar Belakang
Pejabat Undang-Undang bertanggungjawab memberi khidmat nasihat perundangan kepada Jabatan dalam perkara berkaitan pemuliharaan, pengurusan dan pemajuan sektor perikanan di Malaysia. Kedudukannya terus di bawah Ketua Pengarah Perikanan sebagaimana lazim bagi sesebuah organisasi.
Pejabat Undang-Undang di Jabatan mempunyai seramai 10 orang yang terdiri daripada 5 orang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta 5 orang kakitangan Kumpulan Sokongan.
Sekitar tahun 1990an Pejabat ini pernah dikenali sebagai Cawangan Perundangan sebelum diberi nama baru sebagai Pejabat Undang-Undang selaras dengan kelulusan naik taraf perjawatan dalam Jabatan. Pegawai dan kakitangan di Pejabat ini turut terlibat dinaikkan gred N17 kepada gred N19, gred G17 kepada gred fleksi G19/22 (TBK), gred G22 kepada gred G26, gred G27 kepada gred G29, gred G41 kepada gred fleksi 41/44, manakala gred L48 kepada gred fleksi L48/L52.
Bagi tujuan pengendalian kes-kes pendakwaan di mahkamah, Pejabat ini turut dibantu oleh pegawai pendakwa yang dilantik di setiap negeri dan daerah.
Pejabat ini diterajui oleh seorang Penasihat Undang-Undang dari Jabatan Peguam Negara. Selain menasihati Jabatan dari aspek perundangan, Penasihat Undang-Undang juga bertanggungjawab sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam menjalankan pendakwaan dan prosiding di Mahkamah. Senarai Penasihat Undang-Undang yang pernah berkhidmat di Pejabat ini seperti yang berikut:
| Bil | Nama | Tempoh |
| 1 | YA Pn. Harbans Kuar | Era 1989 |
| 2 | YA Pn. Nurmala binti Salim | 1991 & 1992 |
| 3 | YA Abang Iskandar bin Abang Hashim | 1993 & 1994 |
| 4 | YA Pn. Norfini binti Saad | 1994 hingga Disember 1995 |
| 5 | YA Pn. Azizah binti Nawawi | 1996 & 1997 |
| 6 | YAA Datuk Noradidah binti Ahmad | 1998 hingga Disember 2000 |
| 7 | YA Tn. Wan Jeffry bin Kassim | Ogos 2001 |
| 8 | YBrs Tn. Mohd Ghazali bin Mohamad Taib | September 2001 hingga 30.1.2008 |
| 9 | YA Pn. Nik Asma Anita binti Makhtar | 16.9.2008 hingga 31.3.2011 |
| 10 | YA Pn. Hazeelia binti Muhammad | Mei 2011 hingga 31.3.2015 |
| 11 | YA Pn. Khairunnisa Hazwani binti Omar | 1.4.2015 hingga 1.1.2021 |
| 12 | YA Tn. Mohammad Khalilul Ridha bin Abd. Ghani | 4.1.2021 – 15.9.2021 |
| 13 | YA Pn. Munirah binti Zainol Abidin | 15.9.2021 – kini |
Objektif
Pejabat Undang-Undang beriltizam untuk memberi perkhidmatan perundangan dengan cekap dan berkualiti mengikut undang-undang dengan adil dan saksama.
Fungsi
- Menjadi sumber rujukan kepada Jabatan berkenaan aspek perundangan.
- Memberi khidmat nasihat, pandangan dan ulasan dalam bidang undang-undang domestik dan antarabangsa kepada Jabatan.
- Memberikan arahan pendakwaan khususnya penentuan kompaun bagi kesalahan di bawah bidang kuasa perundangan Jabatan.
- Menjalankan pendakwaan atau rayuan kes mahkamah ke atas semua kes kesalahan yang tidak dikompaun di bawah bidang kuasa perundangan Jabatan.
- Menyemak instrumen dan dokumen perundangan sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa seperti perjanjian, memorandum persefahaman, nota kerjasama, surat cara, deklarasi dan jointcommuniqué melibatkan Jabatan dengan kumpulan sasar atau pihak-pihak lain yang berkaitan bagi menjaga kepentingan Kerajaan.
- Menyemak draf rang undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan perikanan.
- Merancang, menyelaras atau mengendalikan latihan kemahiran dan kursus untuk kakitangan berkaitan perundangan perikanan.
- Melaksanakan audit terhadap pengurusan isu perundangan di bawah bidang kuasa Jabatan di seluruh negara.
- Mengambil bahagian di dalam program simposium, seminar, rundingan, konvensyen, kolokium, webinar dan aktiviti yang berkaitan dengan aspek perundangan perikanan di peringkat domestik dan antarabangsa.
Piagam Pelanggan
Pejabat Undang-Undang bertanggungjawab memberi khidmat nasihat perundangan kepada Jabatan dalam perkara berkaitan pemuliharaan, pengurusan dan pemajuan sektor perikanan di Malaysia. Kedudukannya terus di bawah Ketua Pengarah Perikanan sebagaimana lazim bagi sesebuah organisasi.
Pejabat Undang-Undang di Jabatan mempunyai seramai 10 orang yang terdiri daripada 5 orang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta 5 orang kakitangan Kumpulan Sokongan.
Sekitar tahun 1990an Pejabat ini pernah dikenali sebagai Cawangan Perundangan sebelum diberi nama baru sebagai Pejabat Undang-Undang selaras dengan kelulusan naik taraf perjawatan dalam Jabatan. Pegawai dan kakitangan di Pejabat ini turut terlibat dinaikkan gred N17 kepada gred N19, gred G17 kepada gred fleksi G19/22 (TBK), gred G22 kepada gred G26, gred G27 kepada gred G29, gred G41 kepada gred fleksi 41/44, manakala gred L48 kepada gred fleksi L48/L52.
Bagi tujuan pengendalian kes-kes pendakwaan di mahkamah, Pejabat ini turut dibantu oleh pegawai pendakwa yang dilantik di setiap negeri dan daerah.
Pejabat ini diterajui oleh seorang Penasihat Undang-Undang dari Jabatan Peguam Negara. Selain menasihati Jabatan dari aspek perundangan, Penasihat Undang-Undang juga bertanggungjawab sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam menjalankan pendakwaan dan prosiding di Mahkamah. Senarai Penasihat Undang-Undang yang pernah berkhidmat di Pejabat ini seperti yang berikut:
Telefon
03-8870 4695
Lokasi
Wisma Tani, Aras 2, Podium 2, Blok Menara 4G2, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628 PUTRAJAYA
Faks
03-8889 2180





