
Pengenalan Jabatan
- Pejabat Perikanan Negeri Perak menerajui pembangunan dan pengurusan sektor perikanan negeri melalui pemuliharaan sumber perikanan, pembangunan akuakultur, penguatkuasaan peraturan serta penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada komuniti perikanan.
- Komited untuk memperkukuh industri perikanan Perak yang mampan, berdaya saing dan berteknologi melalui pendekatan saintifik, inovasi serta penyampaian perkhidmatan berkualiti tinggi demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan ekonomi negeri.
Perutusan Pengarah
SALAM KELUARGA MALAYSIA DAN SALAM PERAK SEJAHTERA 2030
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Pejabat Perikanan Negeri Perak.
Jabatan Perikanan Malaysia adalah merupakan agensi yang diamanahkan untuk mendukung segala dasar dan aspirasi kerajaan bagi menerajui sektor perikanan negara samaada dalam sektor perikanan tangkapan atau akuakultur.
Pada masa kini, sumber utama ikan adalah daripada Perikanan Tangkapan iaitu sebanyak 1.7 juta t/m. Walau bagaimanapun bagi memastikan bekalan ikan ini berterusan, Jabatan Perikanan telah mengenal pasti pengeluaran daripada akuakultur sebagai penyumbang utama untuk meningkatkan lagi pengeluaran ikan bagi memenuhi permintaan domestik dan memperkembang potensi eksport. Pada masa kini, pembangunan akuakultur negara telah menunjukkan perkembangan pesat dengan kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 8% setahun dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu. Kerajaan terus memberi tumpuan untuk menggalak pembangunan akuakultur negara melalui program pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke Sepuluh dan kini sedang melaksanakan Rancangan Malaysia Kesebelas dan seterusnya merealisasikan misi Jabatan Perikanan Malaysia menjelang tahun 2020 iaitu Dasar 50:50.
Bagi merealisasikan misi Jabatan Perikanan ini, setiap anggota perikanan berperanan dan bertanggungjawab dalam memajukan teknologi perikanan serta mengenal pasti isu atau masalah semasa untuk dilaksanakan penambahbaikan.
Sasaran baru sebanyak 1.76 juta tan metrik telah dijadikan salah satu inisiatif utama di bawah Program Transformasi Agromakanan bagi memastikan sub-sektor perikanan terus menyumbang kepada kecukupan bekalan makanan negara, meningkatkan pendapatan pengusaha dan menjadikan bidang agromakanan sebagai perniagaan yang berdaya saing dan mampan.
Sekian, terima kasih.
PENGARAH
PEJABAT PERIKANAN NEGERI PERAK
Senarai Pejabat Perikanan Daerah
- Pejabat Perikanan negeri Perak adalah bahagian dari Jabatan Perikanan Malaysia yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan sektor perikanan di negeri Perak.
- Misi jabatan adalah untuk mengurus dan membangunkan sektor perikanan secara mapan, dinamik, dan berdaya saing berasaskan maklumat saintifik dan perkhidmatan berkualiti.
Ruangan Sosial





Hubungi Kami
Pejabat Perikanan Negeri Perak
- Aras 4 & 5, Menara Air Perak Basco Avenue @ Jalan Kepayang 3 30628 Ipoh, Perak
- 05-255 4061 / 4062
- 05-254 2148
- ppnprk@dof.gov.my





