
Pengenalan Jabatan
- Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang bertanggungjawab menerajui pembangunan dan pengurusan sektor perikanan negeri melalui pemuliharaan sumber marin, pembangunan akuakultur, penguatkuasaan peraturan serta penyampaian perkhidmatan yang cekap kepada komuniti perikanan.
- Komited untuk memperkukuh industri perikanan dan akuakultur Pulau Pinang yang mampan, berdaya saing dan berteknologi melalui pendekatan saintifik, inovasi serta perkhidmatan berkualiti tinggi.
Perutusan Pengarah
SALAM SEJAHTERA
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang.
Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya laman web Pejabat Perikanan Pulau Pinang dapat dihasilkan bagi memenuhi keperluan pengunjung untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan perkhidmatan, informasi dan program-program yang dilaksanakan.
Bersyukur kita kepada Allah SWT diatas anugerah-Nya kepada kita dengan pelbagai sumber alam semulajadi yang banyak dan ianya mungkin tidak terdapat di tempat-tempat yang lain. Justeru itu, sumber-sumber ini perlulah diuruskan dengan kaedah yang baik, sistematik dan lestari agar ianya dapat berterusan dan dimanfaatkan sehingga ke generasi yang akan datang. Kini sektor perikanan telah berkembang maju dan pesat di dalam memberikan sumber protein yang penting kepada penduduk di negara ini. Kadar pengambilan makanan berasaskan ikan oleh penduduk kian meningkat sejajar dengan kesedaran terhadap makanan sihat dan berkualiti.
Sub-Sektor seperti perikanan tangkapan dan akuakultur adalah teras utama yang di uruskan oleh Pejabat Perikanan Pulau Pinang dengan menetapkan dasar dan peraturan yang terkini dan sesuai mengikut perkembangan untuk kemajuan industri perikanan supaya setanding dengan piawaian antarabangsa.
Misi Jabatan Perikanan adalah untuk mengurus dan membangunkan sektor perikanan negara secara mampan, dinamik dan berdaya saing berasaskan maklumat saintifik dan perkhidmatan berkualiti. Oleh itu, Jabatan Perikanan Malaysia terus memberi penumpuan kepada peningkatan kualiti, kecekapan, sistem penyampaian dan perkongsian maklumat di antara Jabatan dan pihak yang berkepentingan.
Adalah diharapkan Laman Web Rasmi Pejabat Perikanan Pulau Pinang dapat memberi kemudahan kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat berkenaan perkhidmatan yang disediakan serta maklumat terkini berkenaan aktiviti jabatan. Pihak Jabatan mengalu-alukan maklumbalas dan pandangan yang membina bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan Jabatan.
Sekian, terima kasih.
PENGARAH
PEJABAT PERIKANAN NEGERI PULAU PINANG
Senarai Pejabat Perikanan Daerah
- Pejabat Perikanan negeri Pulau Pinang adalah bahagian dari Jabatan Perikanan Malaysia yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan sektor perikanan di negeri Pulau Pinang.
- Misi jabatan adalah untuk mengurus dan membangunkan sektor perikanan secara mapan, dinamik, dan berdaya saing berasaskan maklumat saintifik dan perkhidmatan berkualiti.
Ruangan Sosial





Hubungi Kami
Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang
- Jalan Akuarium, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
- 04-657 2777
- 04-657 2323
- prkpenang@dof.gov.my





