
Pengenalan Jabatan
- Pejabat Perikanan Negeri Selangor menerajui pembangunan dan pengurusan sektor perikanan negeri melalui pemuliharaan sumber perikanan, pembangunan akuakultur moden, penguatkuasaan peraturan serta penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada komuniti perikanan.
- Komited untuk memperkukuh industri perikanan Selangor yang mampan, berdaya saing dan berteraskan inovasi melalui pendekatan saintifik, teknologi moden serta perkhidmatan berkualiti tinggi bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
Perutusan Pengarah
SALAM SEJAHTERA
Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Perikanan Negeri (PPN) Selangor
Laman web rasmi PPN Selangor diwujudkan atas kesedaran bahawa laman web merupakan medium komunikasi utama bagi tujuan penyebaran maklumat yang sahih, tepat dan terkini kepada pihak yang berkempentingan termasuklah nelayan, penternak akuakultur dan usahawan industri makanan. Justeru, laman web ini telah disusun untuk menjadi sumber rujukan kepada semua yang berkepentingan dalam meluaskan konsep masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan.
PPN Selangor komited menerajui pelaksanaan segala dasar, program, visi, misi serta peracangan yang digariskan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) , Jabatan Perikanan Malaysia dan Kerajaan Negeri Selangor bagi pembangunan industri perikanan dan akuakultur yang lestasi, moden dan berdaya saing
Saya berharap semua pengunjung ke laman web ini akan mendapat manfaat yang diharapkan dan PPN Selangor akan terus berusaha sedaya upaya untuk membawa dan mengemaskini maklumat berkualiti demi pembangunan perikanan di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web kami.
Yang Benar,
PENGARAH
PEJABAT PERIKANAN NEGERI SELANGOR
Senarai Pejabat Perikanan Daerah
- Pejabat Perikanan Negeri Selangor adalah bahagian dari Jabatan Perikanan Malaysia yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan sektor perikanan di Negeri Selangor.
- Misi jabatan adalah untuk mengurus dan membangunkan sektor perikanan secara mapan, dinamik, dan berdaya saing berasaskan maklumat saintifik dan perkhidmatan berkualiti.
Ruangan Sosial





Hubungi Kami
Pejabat Perikanan Negeri Selangor
- Tingkat 7, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40675 Shah Alam, Selangor
- 03-5519 0169 / 0170
- 03-5519 0690 / 5513 2655
- ppn_selangor@dof.gov.my





