Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

MAHA2024 DOF Celebrates 100th Anniversary of Maha 2024

In conjunction with the 100th anniversary of the Agriculture, Horticulture and Agro-Tourism Exhibition (MAHA), the Department of Fisheries Malaysia (DOF) created a record recognized by The Malaysia Book Of Records (MBOR) with the production of the ‘100 YEAR MAHA 2024’ tuna sandwich formation witnessed by YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Minister of Agriculture and Food Security. YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Minister of Agriculture and Food Security, said the production of the ‘100 YEAR MAHA 2024’ tuna sandwich formation was first produced in Malaysia with the collaboration of the Faculty of Food Science and Technology, Universiti Putra Malaysia. “The selection of tuna fish is to promote to the public the benefits of tuna which is rich in protein, Omega-3 as well as Vitamins B and D. This formation uses a total of 8,000 sandwiches which produces a total size of 13 meters x 8 meters equivalent to 104 square meters. At the same event, he also completed the release of 100 native fish broodstock at Lake MAEPS. A total of eight species of broodstock were released consisting of terbul, lampam sungai, kerai, baung, kaloi, sebarau and tapah worth RM13,000. This release aims to strengthen inland fisheries resources to ensure food security. In addition, this program is also symbolic to celebrate the 100th anniversary of MAHA. Also present, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Secretary General of the Ministry of Agriculture and Food Security, YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Deputy Secretary General (Development) of the Ministry of Agriculture and Food Security and YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries

#MAHA2024 DOF Raikan 100 Tahun Penganjuran Maha 2024

Bersempena penganjuran 100 tahun Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mencipta rekod yang diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records (MBOR) dengan penghasilan formasi sandwic tuna ‘100 TAHUN MAHA 2024’ yang disaksikan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, berkata penghasilan formasi sandwich tuna ‘100 TAHUN MAHA 2024’ ini pertama kali dihasilkan di Malaysia dengan mendapat kerjasama Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia. “Pemilihan ikan tuna adalah bagi mempromosikan kepada orang awam mengenai khasiat ikan tuna yang kaya dengan protein, Omega-3 serta Vitamin B dan D. Formasi ini menggunakan sebanyak 8,000 sandwic yang menghasilkan saiz keseluruhan 13 meter x 8 meter bersamaan 104 meter persegi. Dalam majlis yang sama, beliau turut menyempurnakan program pelepasan 100 ekor induk ikan asli di Tasik MAEPS. Sebanyak lapan spesies induk ikan dilepaskan terdiri daripada terbul, lampam sungai, kerai, baung, kaloi, sebarau dan tapah bernilai RM13,000. Pelepasan ini bertujuan untuk memperkukuhkan sumber perikanan darat bagi menjamin sekuriti makanan. Selain itu, program ini juga sebagai simbolik untuk meraikan 100 Tahun penganjuran MAHA. Hadir sama, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan.

MAHA2024 His Majesty (HRH) Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Pollutes His Majesty to Fisheries Agrofood Site

His Royal Highness the Yang Di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir together with His Royal Highness Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud were pleased to depart for the Fisheries Agrofood Site in conjunction with the Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition (MAHA) 2024 accompanied by YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Negeri Sembilan Menteri Besar, Yang Berhormat Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Negeri Sembilan Senior Exco, YBhg Datuk Mohd. Zafir Ibrahim, Negeri Sembilan State Secretary. His Royal Highness the Yang Di-Pertuan Besar visited the Aquaculture Gallery, then saw the uniqueness of freshwater fish at the World Gallery of River Fish Sanctuary and finally to the World Gallery of the Ocean. Also participating in the visit were YBhg Datuk Lokman Hakim bin Ali, Secretary General of the Ministry of Agriculture and Food Security (KPKM) and YBhg. Datuk Azah Hanim binti Ahmad, Deputy Chief. The entire staff of the Department of Fisheries Malaysia would like to express their gratitude to His Royal Highness the Yang Di-Pertuan Besar for defiling the Fisheries Agrofood Site.

#MAHA2024 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Mencemar Duli ke Laman Agrofood Perikanan

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bersama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat mencemar duli ke Laman Agrofood Perikanan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 diiringi YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Exco Kanan Negeri Sembilan, YBhg Datuk Mohd. Zafir Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. DYMM Yang Di-Pertuan Besar telah mencemar duli ke Galeri Akuakultur, seterusnya melihat keunikan ikan air tawar di Galeri Dunia Santuari Ikan Sungai dan akhir sekali ke Galeri Dunia Samudera. Turut serta dalam lawatan ini YBhg Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan YBhg. Datuk Azah Hanim binti Ahmad,Timbalan Ketua Setiausaha Dasar(KPKM). Seluruh Warga Jabatan Perikanan Malaysia menjunjung kasih kepada DYMM Yang Di-Pertuan Besar telah mencemar duli di Laman Agrofood Perikanan.

MAHA2024 Courtesy Visit by the Director General of the Department of Irrigation and Drainage Malaysia to the Fisheries Agrofood Site

YBhg Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia, is pleased to receive a visit from YBhg Major (K) Dato Ir Dr Hj Ahmad Anuar bin Othman, Director General of the Department of Irrigation and Drainage Malaysia and his wife, Datin Norbaiti binti Yaakub to the Fisheries Agro-food Site in conjunction with the Agriculture, Horticulture and Agro-Tourism Exhibition (MAHA) 2024. YBhg Major (K) Dato Ir Dr Hj Ahmad Anuar Othman and his wife, spent time visiting the Aquaculture Gallery, River Fish Sanctuary World Gallery, Samudera Gallery and was briefed by YBhg Dato’ Haji Adnan about each gallery visited. Also present during the visit was Puan Yeo Moi Eim, Senior Director of Fisheries Biosecurity Division, YBhg. Dato’ Azahari bin Haji Othman, Senior Director of the Aquaculture Division, as well as fisheries officers from the headquarters.

#MAHA2024 Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia ke Laman Agrofood Perikanan

YBhg Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, berbesar hati menerima kunjungan YBhg Mejar (K) Dato Ir Dr Hj Ahmad Anuar bin Othman, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia bersama isteri, Datin Norbaiti binti Yaakub ke Laman Agro-food Perikanan bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024. YBhg Mejar (K) Dato Ir Dr Hj Ahmad Anuar Othman bersama isteri, meluangkan masa melawat Galeri Akuakultur, Galeri Dunia Santuari Ikan Sungai, Galeri Samudera dan diberi penerangan oleh YBhg Dato’ Haji Adnan tentang setiap galeri yang dilawati. Hadir sama dalam sesi kunjungan ini adalah Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan, YBhg. Dato’ Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, serta pegawai-pegawai perikanan ibu pejabat.

MAHA2024 Visit of the Deputy Secretary General (Policy) of the Ministry of Agriculture and Food Security (KPKM) to the Fisheries Agrofood Site

Ybhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia, was honoured to receive a visit from YBhg. Datuk Azah Hanim Binti Ahmad, Deputy Secretary General (Policy) of KPKM to the Fisheries Agrofood Site in conjunction with the Agriculture, Horticulture and Agro-Tourism Exhibition (MAHA) 2024. Ybhg. Datuk Azah Hanim Binti Ahmad spent time visiting the World Gallery of River Fish Sanctuary and the World Gallery of the Ocean. He was also briefed on prohibited fish species and marine parks in Malaysia by YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia. Also present during the visit was Puan Yeo Moi Eim, Senior Director of Fisheries Biosecurity Division, YBhg. Dato’ Azahari bin Haji Othman, Senior Director of the Aquaculture Division, as well as fisheries officers from the headquarters.

#MAHA2024 Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ke Laman Agrofood Perikanan

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, berbesar hati menerima lawatan YBhg. Datuk Azah Hanim Binti Ahmad Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPKM ke Laman Agrofood Perikanan bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024. YBhg. Datuk Azah Hanim Binti Ahmad telah meluangkan masa melawat Galeri Dunia Santuari Ikan Sungai dan Galeri Dunia Samudera. Beliau turut diberi penerangan tentang spesies ikan larangan dan taman laut di Malaysia oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Hadir sama dalam sesi kunjungan ini adalah Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan, YBhg. Dato’ Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, serta pegawai-pegawai perikanan ibu pejabat.

MAHA2024 Courtesy Visit by the Secretary General of the Ministry of Defence Malaysia to the Fisheries Agrofood Site

YBrs. Haji Wan Muhammad Aznan Bin Abdullah, Deputy Director General of Fisheries (Management) Malaysia, was pleased to receive a visit from YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Secretary General (KSU) of the Ministry of Defence Malaysia (MINDEF) to the Fisheries Agrofood Site in conjunction with the Agriculture, Horticulture and Agro-Tourism Exhibition (MAHA) 2024. YBhg Datuk Seri Isham spent time visiting the Aquaculture Gallery and was briefed on the aquaculture and ornamental fish fisheries industry in Malaysia by YBhg. Dato’ Azahari bin Haji Othman, Senior Director of Aquaculture Division. Also present during the visit was Puan Yeo Moi Eim, Senior Director of Fisheries Biosecurity Division, YBhg. Dato’ Azahari bin Haji Othman, Senior Director of the Aquaculture Division, Mr. Nazri bin Ishak, Director of the Policy and Strategic Planning Division and fisheries officers of the headquarters.

#MAHA2024 Kunjungan Hormat Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia ke Laman Agrofood Perikanan

YBrs. Haji Wan Muhammad Aznan Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Malaysia, berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) ke Laman Agrofood Perikanan bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024. YBhg Datuk Seri Isham meluangkan masa melawat Galeri Akuakultur dan diberi penerangan tentang industri perikanan akuakultur dan ikan hiasan di Malaysia oleh YBhg. Dato’ Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur. Hadir sama dalam sesi kunjungan ini adalah Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan, YBhg. Dato’ Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Encik Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik serta pegawai-pegawai perikanan ibu pejabat.

FishComm Hotline