6-9 Mei 2024 I Tagaytay, Philippines.

YBrs. Tuan Haji Bohari bin Haji Leng, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) dan Encik Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Jabatan Perikanan Malaysia mewakili Malaysia menghadiri 56th Meeting of the SEAFDEC Council. Mesyuarat yang diadakan pada setiap tahun ini merupakan platform pembuat keputusan tertinggi Southeast Asian Fisheries Development Center (SEAFDEC). Antara perkara-perkara yang akan dibincangkan adalah mempertimbangkan projek dan program yang dibincangkan di bawah SEAFDEC Program Committee Meeting (PCM) dan Meeting of Fisheries Consultative Group of the ASEAN-SEAFDEC Strategic Partnership (FCG/ASSP); menilai pelaksanaan program dan projek yang telah dan sedang dilaksanakan; memberikan panduan dasar kepada Sekretariat SEAFDEC dalam pengurusan dan pentadbiran SEAFDEC; memberikan hala tuju kepada SEAFDEC bagi perkara-perkara yang menjadi keutamaan negara-negara anggota seperti menangani isu perikanan tidak sah, tidak dilaporkan dan tidak dikawal selia (IUU fishing), pengurusan sumber perikanan, dan pelaporan statistik perikanan. Selain itu, Sekretariat SEAFDEC juga membuat pelaporan kepada Ahli Majlis (Council Members) berkaitan penglibatan SEAFDEC dalam pelbagai forum antarabangsa, pelaksanaan projek-projek yang menerima dana antarabangsa serta potensi kerjasama dengan organisasi antarabangsa.
Interzoo 2024 at Messe Nurnberg, Germany

INTERZOO is the largest pet exhibition in the world and for the 2024 edition starting on 7-10 May 2024, it houses over 2000 pet exhibitor entries including ornamental fish from all over the world. The Ministry of Agriculture and Food Security (KPKM) through the Department of Fisheries Malaysia in collaboration with the Office of the Representative of Agriculture (PPP) The Hague provides full support to the INTERZOO 2024 Program by preparing the Malaysia Pavilion and housing the eight (8) best exhibitors selected to represent Malaysia. The companies involved are BP Aquatics, Permai Kencana, KL Discus Farm, Na Discus, Sianlon, Bintong Arowana, Greeny and CTY. The Malaysian Pavilion was also attended by representatives from the Malaysian Embassy in Germany and MATRADE representatives in a friendly session with all the exhibitors involved this time. Various topics were covered and discussed including efforts to expand the export market of ornamental fish to Europe. With Malaysia’s participation in INTERZOO, it has indirectly attracted the interest of local industry players to join together in raising the ornamental fish industry in Malaysia through the exposure of external technology brought by industry players from various countries. The effort becomes a benchmark for the ornamental fish industry in Malaysia to grow and be more competitive at the global level.
Interzoo 2024 di Messe Nurnberg, Jerman

INTERZOO merupakan pameran haiwan kesayangan terbesar didunia dan bagi edisi 2024 bermula pada 7-10 Mei 2024 menempatkan lebih 2000 penyertaan pempamer haiwan kesayangan termasuk ikan hiasan dari seluruh dunia. Kementerian Pertanian dan Sekuriti Makanan (KPKM) melalui Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Perwakilan Pertanian (PPP) The Hague memberikan sokongan penuh kepada Program INTERZOO 2024 dengan menyediakan Pavilion Malaysia dan menempatkan lapan (8) pempamer terbaik yang terpilih untuk mewakili Malaysia. Syarikat terlibat adalah BP Aquatics, Permai Kencana, KL Discus Farm, Na Discus, Sianlon, Bintong Arowana, Greeny dan CTY. Pavilion Malaysia turut dihadiri oleh wakil dari Kedutaan Besar Malaysia di Jerman dan wakil MATRADE di dalam sesi ramah mesra bersama semua pempamer yang terlibat kali ini. Pelbagai topik dikupas dan dibincangkan antaranya usaha memperluaskan pasaran eksport ikan hiasan ke Eropah. Dengan penyertaan Malaysia ke INTERZOO ini, secara tidak langsung telah menarik minat pemain industri tempatan untuk bersama-sama dalam menaikkan industri ikan hiasan di Malaysia melalui pendedahan teknologi luar yang dibawa oleh pemain industri dari pelbagai negara. Usaha sebegini menjadi satu tanda aras kepada industri ikan hiasan di Malaysia untuk lebih berkembang dan berdaya saing di peringkat global.
Visit of the Director General of Fisheries to the Department of Fisheries of Open Ground in the 2024 Madani Rakyat Program.

Dato’ Adnan bin Hussain, the Director General of Fisheries was present to visit the Fisheries Departments of open ground at the North Zone People’s MADANI Program in Sungai Nibong, Penang which will run for 3 days from 3 to 5 May 2024. Open ground of the Malaysian Fisheries Department at the Road to MAHA 2024 pavilion showcased the innovation of sea leech traps that can prevent sea leeches from attacking marine fish in cages. This innovation has won the 2021 Commonwealth Secretary General Innovation for Sustainable Development Award. The public is invited to come to the Fisheries booth to witness the exhibition of live marine fish (golden size, 2 kg) and the latest exhibition of waterless aquariums and a demonstration of sea leech traps. Visitors can also get more information at Pavilion Road to MAHA 2024 Fisheries Cluster.
Lawatan Ketua Pengarah Perikanan ke Reruai Jabatan Perikanan di Program Madani Rakyat 2024.

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan hadir bagi melawat reruai Jabatan Perikanan pada Program MADANI Rakyat Zon Utara di Sungai Nibong, Pulau Pinang yang berlansung selama 3 hari bermula 3 hingga 5 Mei 2024. Reruai Jabatan Perikanan Malaysia di pavilion Road To MAHA 2024 mempamerkan inovasi perangkap lintah laut yang mampu menghalang serangan lintah laut kepada ternakan ikan marin dalam sangkar. Inovasi ini telah memenangi anugerah Commonwealth Secretary General Innovation for Sustainable Development Award 2021. Orang ramai dijemput datang ke reruai Perikanan untuk menyaksikan pameran ikan marin hidup (ikan bawal emas bersaiz, 2 kg dan pameran terkini akuarium tanpa air serta demonstrasi perangkap lintah laut. Para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat lanjut di Pavilion Road to MAHA 2024 Kluster Perikanan.
Honorable Visit and Joint Meeting of the Malaysian Fisheries Assistant Association (FA Alumni)

The Director General of Fisheries has received a courtesy visit from the Fisheries Assistant Association represented by YBrs. Mr. Mr. Zakaria Abdul Rahman at Wisma Tani, Putrajaya. The purpose of this courtesy visit is to strengthen friendships between retired Fisheries Assistants with the Department’s top management and to discuss opportunities for assistance from the department such as SpeKS assistance and others. In addition, another purpose is to introduce the ranks of FA Alumni management members.
Kunjungan Hormat dan Mesyuarat Bersama Persatuan Pembantu Perikanan Malaysia (Alumni FA).

Ketua Pengarah Perikanan telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pembantu Perikanan yang diwakili oleh YBrs. Tn. Hj. Zakaria Abdul Rahman di Wisma Tani, Putrajaya. Tujuan kunjungan hormat kali ini adalah untuk mengeratkan silaturahim diantara pesara Pembantu Perikanan bersama pengurusan tertinggi Jabatan dan membincangkan berkenaan peluang-peluang sumber bantuan daripada jabatan seperti bantuan SpeKS dan lain-lain. Di samping itu, tujuan lain adalah untuk memperkenalkan barisan ahli pengurusan Alumni FA.
Monthly Assembly Ceremony Department of Fisheries April 2024

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia, department achieved 36.92% for the overall Key Performance Indicators (KPI) in the first quarter of 2024. He is sure that this success is based on the commitment of all DOF staff and hopes that this momentum can continue until the end of the year. Ybhg. Dato’ Adnan also expressed his gratitude to the Fisheries Office of Negeri Sembilan, Melaka,The Biosecurity and Aquaculture Division for preventive agile measures that have been implemented by issuing a ban on selling has been able to prevent cases of mussel-eating poisoning from becoming increased. The ceremony continued with the handing over of the Tabung Pahlawan Campaign Contribution (KTP) Year 2024 to the Malaysian Armed Forces Veterans Association Putrajaya Branch delivered by YBhg. Dato’ Director General of Fisheries Malaysia. Also present at the ceremony were YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Deputy Director General of Fisheries (Management), YBrs. Dr. Azhar bin Hamzah, Senior Director of Fisheries Research Institute, state and division directors and staff of the Department of Fisheries.
Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perikanan Malaysia April 2024.

Dalam ucapan YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, jabatan telah berjaya mencapai 36.92% bagi keseluruhan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pada sukuan pertama 2024. Beliau pasti, kejayaan ini didasari komitmen oleh kesemua warga DOF dan berharap momentum ini dapat diteruskan sehingga ke penghujung tahun. YBhg. Dato’ Adnan juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pejabat Perikanan Negeri Sembilan, Melaka,Bahagian Biosekuriti dan Akuakultur atas tindakan tangkas pencegahan yang telah dilaksanakan dengan mengeluarkan larangan menjual telah dapat mengekang kes keracunan memakan kupang dari menjadi meningkat. Majlis diteruskan dengan penyerahan Sumbangan Kempen Tabung Pahlawan (KTP) Tahun 2024 kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Putrajaya yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), YBrs. Dr. Azhar bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan, pengarah-pengarah negeri dan bahagian serta warga Jabatan Perikanan.
Official Visit of Director General of Fisheries Malaysia to LPY Aquaculture Sdn Bhd.

LPY Aquaculture Sdn Bhd commenced operations on 2 January 2023. The company is the leading player in the production of carp fish of the Osphronemus Goramy species, a high-quality freshwater fish at the seeding and upbringing stage. This fish has the potential to be a premium protein alternative for Malaysian. Ybhg. Dato’ Adnan bin Hussain Director General of Fisheries Malaysia was briefed on the company’s operations by YBhg. Datuk Hj. Mohd Sukor Abd Manan, one of the company’s directors and visited the fish breeding pond. Puan Noraisyah binti Abu Bakar Director of Fisheries Selangor as well as state fisheries officers were presented throughout the visit.