Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Program Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan (MCS)

Pengenalan

Program Pemantauan, Pengawalan dan Pengawasan (MCS) oleh Jabatan Perikanan Malaysia adalah mengikut bidang kuasa seperti dalam Akta Perikanan 1985. Ia merupakan salah satu komponen yang berkesan dalam Pengurusan Perikanan (fisheries management).

Perlaksanaan program MCS adalah bagi memastikan pematuhan kepada AKTA PERIKANAN 1985, peraturan dan syarat lesen perikanan serta instrumen antarabangsa seperti FAO Code Of Conduct For Responsible Fisheries (CCRF), 1995.

Ia bertujuan melindungi sumber perikanan negara agar sentiasa mapan bagi menjamin bekalan makanan negara untuk kegunaan semasa dan juga untuk generasi yang akan datang serta menjaga keselamatan nelayan.

Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra

14.06

Hektar

1974

Beroperasi sejak

Tilapia

Spesisi ternakan

Fungsi

  • Menjadi pusat demontrasi dan penyebaran teknologi terbaru kepada kumpulan sasar melalui program latihan dan pengembangan seperti program pembangunan sistem akuakultur, dan aspek pembiakan ikan bagi mengenalpasti teknik terbaik pengeluaran benih ikan.
  • Menjadi pusat pengeluaran baka spesies ikan tilapia bagi memastikan penternak memperolehi benih ikan berkualiti.
  • Menjadi pusat pembangunan induk dan pembiakan ikan asli bagi membiakkan dan mengeluarkan benih ikan asli bagi program pelepasan umum dan aktiviti pemuliharaan sumber.
  • Menjadi pusat bagi aktiviti khidmat pengembangan akuakultur dan khidmat nasihat dalam aktiviti pengurusan ternakan, pemakanan, kualiti air, pengeluaran benih dan penyakit ikan.

Pusat Ikan Hiasan Enggor

1957

Pusat Pembiakbaik Ikan Air Tawar

1983

Pusat Latihan Perikanan Air Tawar

1993

Pusat Pengembangan Akuakultur Air Tawar

2005

Pusat Ikan Hiasan Enggor

Fungsi

  • Sebagai Pusat Menyelamat bagi ikan arowana dan ikan hiasan air tawar.
  • Menyediakan khidmat pengembangan akuakultur melalui latihan insitu, kajian tapak, kajian penyakit, lawatan lapangan dan pameran serta demonstrasi.
  • Pengeluaran benih ikan air tawar termasuk ikan hiasan dan tumbuhan akuatik bagi tujuan edaran dan pelepasan perairan umum.
  • Menjalankan latihan/kursus teknikal kepada kumpulan sasar, kakitangan dan agensi berminat.

Pusat Perikanan Darat Banding

15,200

Hektar

1 Nov 2006

Beroperasi

Ikan Asli Air Tawar Tempatan

Spesies Ternakan

Fungsi

  • Maklumat sedang dikemaskini.
Pengenalan

Program Pemantauan, Pengawalan dan Pengawasan (MCS) oleh Jabatan Perikanan Malaysia adalah mengikut bidang kuasa seperti dalam Akta Perikanan 1985. Ia merupakan salah satu komponen yang berkesan dalam Pengurusan Perikanan (fisheries management).

Perlaksanaan program MCS adalah bagi memastikan pematuhan kepada AKTA PERIKANAN 1985, peraturan dan syarat lesen perikanan serta instrumen antarabangsa seperti FAO Code Of Conduct For Responsible Fisheries (CCRF), 1995.

Ia bertujuan melindungi sumber perikanan negara agar sentiasa mapan bagi menjamin bekalan makanan negara untuk kegunaan semasa dan juga untuk generasi yang akan datang serta menjaga keselamatan nelayan.

Pemantauan melibatkan keperluan yang berterusan melalui pemerhatian, pengutipan, pengukuran dan penganalisaan data dan maklumat aktiviti perikanan.

  • Memantau pendaratan ikan;
  • Sistem Pemantauan Vesel (Vessel Monitoring System);
  • Keperluan laporan (termasuk tangkapan & laporan operasi);
  • Pemeriksaan vesel penangkapan ikan;
  • Pemeriksaan peralatan menangkap Ikan;
  • Melaporkan keperluan penyimpanan;
  • Analisis tangkapan & usaha & laporan perbandingan dengan VMS, pendaratan;
  • Kawalan pendaratan (hanya mendarat di tapak pendaratan dibenarkan);
  • Pengumpulan, pengukuran & analisis aktiviti penangkapan ikan.

Aktiviti yang melibatkan pemantauan

Pemantauan melibatkan keperluan yang berterusan melalui pemerhatian, pengutipan, pengukuran dan penganalisaan data dan maklumat aktiviti perikanan.

  • Kawalan usaha menangkap ikan melalui pelesenan;;
  • Pendaftaran vesel-vesel menangkap ikan;
  • Keperluan menandakan vesel penangkapan ikan;
  • Kawalan & larangan peralatan & kaedah menangkap ikan;
  • Kawalan pindahkapal;
  • Program pendaftaran nelayan & pengeluaran kad nelayan;
  • Penubuhan zon menangkap ikan & kawasan perlindungan (MPAs);

Aktiviti yang melibatkan Kawalan

Pengawasan melibatkan peringkat dan jenis pemerhatian yang diperlukan untuk mengekalkan kepatuhan terhadap peraturan.
  • Pemeriksaan oleh pegawai perikanan / pegawai berkuasa & pelbagai pihak penguat kuasa di laut;
  • Pengawasan udara & permukaan darat / laut;
  • Penguatkuasaan undang-undang.

Aktiviti yang melibatkan Pengawasan

Terakhir dikemaskini: 9 Julai 2026
FishComm Hotline