Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Caj Pemuliharaan dan Kadar Fi

Caj Pemuliharaan

Pengunjung-pengunjung ke Taman-taman Laut Malaysia dikehendaki membayar Caj Pemuliharaan. Ini adalah selaras dengan Akta Fi 1951, Perintah Fi (Taman Laut Malaysia) 2017. Hasil dari kutipan merupakan hasil kerajaan yang dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Taman Laut dan Rizab Laut yang akan digunakan untuk tujuan pengurusan dan penyelenggaraan Taman-taman Laut bagi menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung. Kadar dan kategori adalah seperti berikut:

  Pemegang MYKAD Bukan Pemegang MYKAD
Dewasa RM 5.00 RM 30.00
Kanak – Kanak (berumur 6-12 tahun) dan
warga emas 60 tahun ke atas
RM 2.00 RM 15.00
Orang Kurang Upaya (OKU) Percuma Percuma

Pengecualian diberikan kepada semua penduduk yang bermastautin di pulau-pulau yang dikelilingi oleh Taman Laut.

Kadar Fi

Bil. Jenis Aktiviti Kadar Fi
1. Berkhemah RM 10.00 satu malam bagi setiap tapak (Terhad kepada empat (4) orang)
2. Kajian RM 200.00 bagi setiap kajian dan deposit RM 500.00
3. Penggambaran komersial / dokumentari RM 100.00 sehari bagi setiap penggambaran
4. Selam skuba RM 150.00 sebulan bagi setiap pengusaha
5. Pelayaran/bermudik RM 100.00 sekali masuk bagi setiap kapal layar/kapal peranginan
Terakhir dikemaskini: 20 Julai 2026
FishComm Hotline