
Pengenalan Jabatan
- Pejabat Perikanan Negeri Kedah adalah bahagian dari Jabatan Perikanan Malaysia yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan sektor perikanan di negeri Kedah.
- Misi jabatan adalah untuk mengurus dan membangunkan sektor perikanan secara mapan, dinamik, dan berdaya saing berasaskan maklumat saintifik dan perkhidmatan berkualiti.
Perutusan Pengarah
SALAM SEJAHTERA
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Pejabat Perikanan Negeri Kedah.
Pejabat Perikanan Negeri Kedah merupakan salah satu negeri peneraju utama pembangunan dan pemodenan sektor perikanan negara. Misi Jabatan Perikanan adalah untuk mengurus dan membangunkan sektor perikanan negara secara mampan, dinamik dan berdaya saing berasaskan maklumat saintifik dan perkhidmatan berkualiti. Dalam melaksanakan misi tersebut, Pejabat Perikanan Negeri Kedah memberi tumpuan kepada usaha yang dapat meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan penyampaian perkhidmatannya dan perkongsian pintar di antara Jabatan dan pihak yang berkepentingan.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah mewujudkan satu pemudah cara yang membuka saluran informasi kepada orang ramai. Justeru, laman web ini telah direkabentuk sebagai satu medium utama untuk menyampaikan pengumuman, perkhidmatan, program,perangkaan, dan maklumat umum mengenai Jabatan. Lantaran itu juga, laman web ini telah disusun sebagai sumber rujukan kepada semua yang berkepentingan dalam meluaskan konsep masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan.
Saya berharap laman web ini akan memberi manfaat kepada semua. Pada masa yang sama, saya mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas melalui ruang yang telah disediakan.
Sekian, terima kasih
PENGARAH
PEJABAT PERIKANAN NEGERI KEDAH
Senarai Pejabat Perikanan Daerah
- Pejabat Perikanan Negeri Kedah adalah bahagian dari Jabatan Perikanan Malaysia yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan sektor perikanan di negeri Kedah.
- Misi jabatan adalah untuk mengurus dan membangunkan sektor perikanan secara mapan, dinamik, dan berdaya saing berasaskan maklumat saintifik dan perkhidmatan berkualiti.
Ruangan Sosial





Hubungi Kami
Pejabat Perikanan Negeri Kedah
- Aras 5, Zon C, Wisma Persekutuan, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Muadzam Shah, 06550 Alor Setar, Kedah
- 04-734 2135 / 2137
- 04-730 4623
- ppnkedah@dof.gov.my





