Sarawak Marine Fisheries Department Appreciation Council & Sarawak/Labuan Fisheries Research Institute.

The appreciation ceremony of the Sarawak Marine Fisheries Department (JPLS) & Fisheries Research Institute (IPP) Sarawak/Labuan was officiated by YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia. He delivered a message to all the staff of JPLS and IPP Sarawak region so that all staff can provide the best service to the people and the country with full commitment and he also had the opportunity to wish the Gawai Day celebrations to the staff who celebrated the celebration. The ceremony continued with the presentation of certificates of appreciation to retired staff as well as staff who have served for 25 years and above. Also present at the ceremony were Puan Liza binti Haji Long, Deputy Director of Marine Fisheries Sarawak, Tuan Jamil bin Musel, Director of Bintawa Fisheries Research Institute, Sarawak as well as officers and staff.
Majlis Apresiasi Jabatan Perikanan Laut Sarawak & Institut Penyelidikan Perikanan Sarawak/Labuan.

Telah berlangsungnya majlis apresiasi Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) & Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Sarawak/Labuan yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Beliau telah menyampaikan amanat kepada seluruh warga JPLS dan IPP wilayah Sarawak agar semua kakitangan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat serta negara dengan penuh komitmen dan beliau juga berkesempatan mengucapkan selamat menyambut perayaan Hari Gawai kepada kakitangan yang menyambut perayaan tersebut. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada kakitangan yang telah bersara dan juga kakitangan yang telah berkhidmat selama 25 tahun ke atas. Turut hadir dalam majlis ini ialah Puan Liza binti Haji Long, Timbalan Pengarah Perikanan Laut Sarawak, Tuan Jamil bin Musel, Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Bintawa, Sarawak serta pegawai-pegawai dan kakitangan.
Working Visit of the Director General of Fisheries Malaysia to Puri Agro Johan Sdn. Bhd.

Ybhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia paid a working visit to Puri Agro Johan Sdn. Bhd. located in Serian, Sarawak. The company, owned by Mr. Puri A/L Johan, has been operating since 2007 which is a company that breeds fish of the Sarawak Empurau species (Tor Tambroides). The parent of Empurau is bred from the native parent of Empurau Sarawak from the major rivers in Sarawak which is recognised by IFRPC Tarat and the Sarawak Agriculture Department. The Sarawak Empurau Fish (Tor Tambroides) is a high-value fish, also known as the ‘King’ of the Sarawak River fish. Also present were Puan Liza Binti Long, Deputy Director of Marine Fisheries Sarawak, Tuan Jamil bin Musel Director of Bintawa Fisheries Research Institute, Sarawak as well as officers and staff.
Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ke Puri Agro Johan Sdn. Bhd.

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia mengadakan lawatan kerja ke Puri Agro Johan Sdn. Bhd. yang terletak di Serian, Sarawak. Syarikat yang dimiliki oleh Encik Puri A/L Johan ini telah beroperasi sejak 2007 yang merupakan syarikat yang menternak ikan spesies Empurau Sarawak (Tor Tambroides). Induk Empurau disini dibiakkan daripada induk asli Empurau Sarawak daripada sungai-sungai utama di Sarawak yang diiktiraf oleh IFRPC Tarat dan Jabatan Pertanian Sarawak. Ikan Empurau Sarawak (Tor Tambroides) merupakan ikan bernilai tinggi, ia juga dikenali sebagai ‘Raja’ ikan Sungai Sarawak. Turut hadir bersama Puan Liza Binti Long, Timbalan Pengarah Perikanan Laut Sarawak, Tuan Jamil bin Musel Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Bintawa, Sarawak serta pegawai-pegawai dan kakitangan.
Working Visit of the Director General of Fisheries Malaysia to the Department of Marine Fisheries Sarawak, Santubong Fisheries Research Institute & Santubong Sea Fish Seed Production Centre

Ybhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia paid a working visit to the Sarawak Marine Fisheries Department (JPLS), the Santubong Fisheries Research Institute (IPP) and the Santubong Sea Fish Seed Production Centre. His arrival was welcomed by YBrs. Puan Liza binti Haji Long, Deputy Director of Sarawak Marine Fisheries Department and YBrs. Tuan Jamil bin Musel, Director of Bintawa Fisheries Research Institute, Sarawak as well as officers and staff from JPLS & IPP. His first visit was at IPP Santubong which is the centre of development of the lobster parent breed where the centre aims to produce 20,000 parents a year, 30 million rega and 2 million post larvae per round of lobster. Later, he visited the Santubong Sea Fish Seed Production Centre (PPBIL) which focuses on the production of 1-inch and above-sized siakap fish seeds. The centre also focuses on the production and upbringing of Siakap Fish seedlings or its scientific name is Lates calcarifer. The selection of Siakap fish as the main focus of production is due to the high demand in the market as well as the production of Siakap fish seeds is easier to carry out compared to other fish species. The Director General of Fisheries also had the opportunity to visit the Santubong Main Base and convey the mandate and advice to officers and enforcement personnel to always practice a high level of self-discipline and seriousness in carrying out their duties.
Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ke Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Institut Penyelidikan Perikanan Santubong & Pusat Pengeluaran Benih Ikan Laut Santubong

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS), Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Santubong dan Pusat Pengeluaran Benih Ikan Laut Santubong. Ketibaan beliau telah disambut oleh YBrs. Puan Liza binti Haji Long, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Laut Sarawak dan YBrs. Tuan Jamil bin Musel, Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Bintawa, Sarawak serta pegawai-pegawai dan kakitangan dari JPLS & IPP. Lawatan pertama beliau adalah di IPP Santubong yang merupakan pusat pembangunan baka induk udang galah dimana pusat ini menyasarkan pengeluaran sebanyak 20,000 ekor induk setahun, 30 juta rega dan 2 juta post larvae setiap pusingan udang galah. Kemudian beliau melawat Pusat Pengeluaran Benih Ikan Laut Santubong (PPBIL) yang menumpukan kepada pengeluaran benih ikan siakap bersaiz 1 inci dan keatas. Pusat ini juga memfokuskan kepada pengeluaran dan asuhan anak benih Ikan Siakap atau nama saintifiknya adalah Lates calcarifer. Pemilihan ikan Siakap ini sebagai fokus utama pengeluaran adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi dalam pasaran sekaligus kerja-kerja memproduksi benih ikan Siakap lebih mudah dilaksanakan berbanding dengan spesies ikan yang lain. Ketua Pengarah Perikanan juga berkesempatan melawat Pangkalan Utama Santubong dan menyampaikan amanat serta nasihat kepada para pegawai dan anggota penguatkuasa agar sentiasa mengamalkan tahap disiplin diri yang tinggi serta serius dalam menjalankan tugas.
Handover Ceremony for mussel farmers affected by pollution in Port Dickson waters

The Menteri Besar of Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun officiated the handover ceremony to fishermen and mussel farmers affected by the pollution of 85 people from the Telok Kemang Fishermen’s Association. The handover of RM34,500.00 was aimed at assisting the affected fishermen as well as easing the burden as long as they were unable to harvest mussels. The eighth mussel sampling was taken by fisheries officers on 14 May 2024 and was sent to the Kuala Lumpur Fisheries Biosecurity Laboratory for further analysis and laboratory results expected to be 18 May 2024. The Department of Fisheries together with the Negeri Sembilan Fishermen’s Association are still actively conducting monitoring every week starting 2 April 2024 and based on the current survey on site, fishermen and traders always adhere to the prohibition of taking, collecting and selling instructions as previously directed. Also present, YBhg. Dato’ Muhamad Nahar bin Haji Mohd Sidek, Deputy State Secretary, YBrs. Encik Hamdan bin Mamat, Director General of LKIM, YBrs. Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalah Director General of Fisheries (Management) and state fisheries officer.
Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Penternak Kupang Yang Terjejas Akibat Pencemaran Di Perairan Port Dickson

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun telah menyempurnakan majlis penyerahan bantuan kepada nelayan dan penternak kupang yang terjejas akibat pencemaran seramai 85 orang dari Persatuan Nelayan kawasan Telok Kemang. Penyerahan sebanyak RM34,500.00 ini bertujuan membantu golongan nelayan yang terjejas serta meringankan bebanan sepanjang mereka tidak dapat menuai hasil ternakan kupang. Persampelan kupang kali ke lapan telah diambil oleh pegawai perikanan pada 14 Mei 2024 dan telah dihantar ke Makmal Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur bagi analisis selanjutnya dan keputusan makmal dijangka 18 Mei 2024. Jabatan Perikanan bersama Persatuan Nelayan Negeri Sembilan masih giat menjalankan pemantauan setiap minggu bermula 2 April 2024 dan berdasarkan tinjauan semasa dijalankn di lokasi, nelayan dan peniaga sentiasa mematuhi arahan larangan mengambil, mengutip dan menjual seperti yang diarahkan sebelum ini. Turut hadir, YBhg. Dato’ Muhamad Nahar bin Haji Mohd Sidek, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, YBrs. Encik Hamdan bin Mamat, Ketua Pengarah LKIM, YBrs. Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalah Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) serta pegawai perikanan negeri.
National Convention on Agricultural and Food Engineering 2024

The Department of Fisheries Malaysia represented by En. Nazri bin Ishak, Director of Policy and Strategic Planning Division gave a presentation on the overall picture of the department’s role in ensuring food adequacy and safety through the National Agrofood Asar (DAN 2.0) at the National Convention on Agricultural and Food Engineering (NAFEC) 2024 at Unimap, Perlis. The 7th edition of the convention was organised by the Association of Agricultural and Food Engineers Malaysia (MSAE) with Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) on 15 and 16 May 2024 at UniMAP, Perlis. Themed “Digital Agriculture: Driving the Sustainability Innovation of Agrofood Production”, the convention has collaborated with 14 co-organizers comprising various government agencies and public universities. The convention successfully brought together academics, legal practitioners, industrialists and individuals in the field of agricultural and food engineering in Malaysia, with a total of 215 people involved as presenters and participants. This is to discuss the shift of paradigm in the latest technology, the needs and problems of the agricultural and food industries, sharing the good practices of agriculture and food as well as proposed legal improvements especially for agricultural and food engineering. Also present to represent the department were fisheries officers from the Engineering Division.
Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan 2024

Jabatan Perikanan Malaysia yang diwakili En. Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik telah memberi satu pembentangan mengenai gambaran menyuluruh peranan jabatan dalam menjamin kecukupan dan keselamatan makanan melalui asar Agromakanan Negara (DAN 2.0) di Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan (NAFEC) 2024 yang bertempat di Unimap, Perlis. Konvensyen ini merupakan penganjuran edisi kali ke-7 telah dianjurkan oleh Persatuan Jurutera Pertanian dan Makanan Malaysia (MSAE) bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 15 dan 16 Mei 2024 bertempat di UniMAP, Perlis. Bertemakan “Pertanian Digital: Memacu Inovasi Kelestarian Pengeluaran Agromakanan”, konvensyen ini telah berkerjasama dengan 14 penganjur bersama yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan universiti awam. Konvensyen yang diadakan telah berjaya menggabungkan ahli akademik, pengamal undang-undang, ahli industri serta individu dalam bidang kejuruteraan pertanian dan makanan di Malaysia iaitu seramai 215 orang yang terlibat sebagai pembentang dan peserta. Hal ini bagi membincangkan anjakan paradikma di dalam teknologi terkini, keperluan dan masalah industri pertanian dan makanan, berkongsi amalan baik pertanian dan makanan serta cadangan penambahbaikan undang-undang terutamanya untuk bidang kejuruteraan pertanian dan makanan. Turut hadir bagi mewakili jabatan adalah pegawai-pegawai perikanan dari Bahagian Kejuruteraan.