Official Portal

Department Of Fisheries Malaysia

Ministry Of Agriculture and Food Security

RTM Filming Session About Tilapia Gift Fish

A video filming of Tilapia Gift was carried out by the Malaysian Television Show (RTM) with the Kedah Fisheries Department at the Jitra Aquaculture Development Centre today. This visualization was made to promote tilapia Gift fish and show the department’s efforts to strengthen the focus on breeding tilapia Gift. Tilapia Gift (Genetic Improvement of Farmed Tilapia) is a species of tilapia fish that has been developed through selective breeding and inbreeding. The Tilapia Gift fish seeds produced have a faster growth rate than Red Tilagia, are more resistant to disease and taste better and have a more solid content structure. Also present were Mr. Pang Anak Nyukang, Director of Fisheries Kedah, and Encik Mohd Yusri bin Ismail, Head of the Breed and Seed Branch of the Aquaculture Division of the Department of Fisheries Malaysia.

Penggambaran RTM Berkenaan Ikan Tilapia Gift

Satu penggambaran menerbitkan video ikan Tilapia Gift telah dijalankan oleh Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) bersama Jabatan Perikanan Negeri Kedah di Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra pada hari ini. Penggambaran ini dibuat bagi mempromosikan ikan tilapia Gift dan memaparkan usaha jabatan mengiatkan fokus penternakan tilapia Gift. Ikan Tilapia Gift (Genetic Improvement of Farmed Tilapia) adalah spesies ikan tilapia yang telah dibangunkan melalui kajian dan pembiakbakaan secara ‘selective breeding’. Benih ikan Tilapia Gift yang dihasilkan mempunyai Kadar tumbesaran yang lebih cepat berbanding Tilapia Merah, lebih tahan daripada serangan penyakit dan rasa yang lebih enak dan mempunyai struktrur isi yang lebih pejal. Turut hadir Encik Pang Anak Nyukang, Pengarah Perikanan Negeri kedah, dan Encik Mohd Yusri bin Ismail, Ketua Cawangan Baka Dan Benih Bahagian Akuakultur Jabatan Perikanan Malaysia.

Meeting of the Director General of Fisheries with Tldm Maritime Partners Maritime APMM Endau, Johor

TLDM Maritime Partner and APMM Endau Maritime Friend led by Mr. Bob Chia Liek Kuen paid a courtesy visit to YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia at the Headquarters of the Department of Fisheries Malaysia in Putrajaya today. This courtesy visit was held to discuss several matters related to the e-License system and the renewal of fishing vessel licenses, especially Zone C2 as well as the enforcement of laws and regulations under the Fisheries Act 1985 for the smooth fishing activities in supplying fresh fish which is the main source of protein to the people.

Perjumpaan Ketua Pengarah Perikanan Bersama Rakan Maritim Tldm & Sahabat Maritim Apmm Endau, Johor

Rakan Maritim TLDM dan Sahabat Maritim APMM Endau yang diketuai oleh Encik Bob Chia Liek Kuen telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia di Putrajaya hari ini. Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan sistem e-Lesen dan pembaharuan lesen vesel penangkapan ikan terutamanya Zon C2 serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan di bawah Akta Perikanan 1985 demi kelancaran aktiviti penangkapan ikan dalam membekalkan ikan segar yang merupakan sumber protein utama kepada rakyat.

The Department of Fisheries Malaysia has detained 10 tow vessels that encroached on the no-fishing zone.

The Department of Fisheries Malaysia (DOF) through the Langkawi Fisheries Conservation and Protection Base has implemented Cross-OPS in the Kedah and Penang State Waters. As a result of the Ops, DOF has successfully detained and confiscated 10 tow trawler vessels that encroached on the Fishing Prohibition Zone for commercial vessels namely in the waters of Pulau Payar Marine Park and Mukahead Waters up to the waters of Gertak Sanggul, Penang. The vessels have been found operating fishing in the Marine Park Area, operating less than 15 nautical miles from the nearest mainland, barricades against authorized officials and protecting registration numbers from being seen by authorities. YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah Deputy Director General of Fisheries (Management) said “This seizure was carried out after finding that the vessels had committed an offence under the Fisheries Act 1985 laltu Paragraph 8(b), Paragraph 43(1)(a), Section 53 and Sub-regulation 10(3) of the Fisheries (Sea) (Licensing of Fishing Vessels) Regulations 1985.” The revenue for all the vessels including fishing equipment was RM3.0 million. Meanwhile, 3,000 kg of fish were seized and auctioned with a value of RM 10,000. A total of 26 OKTs comprised of 4 Malaysian Citizens, 28 Citizens. Thailand, 1 Cambodian citizen and 1 Laotian citizen aged from 23 years to 65 years old have been found to be involved in this offence. If you have any complaints and information regarding offences under the Fisheries Act 1985, please contact the Fisheries Communication Centre (FISHCOM) at 24 Hours Hotline 03-8888 5019 or 03 8870 4058 to report the incident.

Jabatan Perikanan Malaysia Telah Menahan 10 Buah Vesel Tunda Yang Menceroboh Zon Larangan Penangkapan Ikan

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui Pangkalan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Langkawi telah melaksanakan OPS Rentas di Perairan Negeri Kedah dan Pulau Pinang. Hasil dari Ops tersebut, DOF telah berjaya menahan dan menyita sebanyak 10 buah vesel pukat tunda yang menceroboh Zon Larangan Penangkapan Ikan bagi vesel komersial iaitu di Perairan Taman Laut Pulau Payar dan Perairan Mukahead hingga ke Perairan Gertak Sanggul, Pulau Pinang. Vesel-vesel tersebut telah di dapati beroperasi menangkap ikan di Kawasan Taman Laut, beroperasi kurang dari 15 batu nautika dari daratan terhampir, galangan terhadap pegawai berkuasa dan melindungi nombor pendaftaran dari dilihat oleh pegawai berkuasa. YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) berkata “Penyitaan ini di lakukan setelah mendapati bahawa vesel-vesel tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 laltu Perenggan 8(b), Perenggan 43(1)(a), Seksyen 53 dan Sub-peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Perikanan (Kelautan) (Pelesenan Vesel Penangkapan Ikan) 1985.” Hasil sitaan bagi kesemua vesel tersebut termasuk kelengkapan peralatan menangkap ikan adalah sebanyak RM3.0 juta. Manakala, sebanyak 3,000 kg ikan telah di sita dan di lelong dengan nilai sebanyak RM 10,000. Seramai 26 orang OKT terdiri daripada 4 orang Warganegara Malaysia, 28 orang Warganegara. Thailand, 1 orang Warganegara Kemboja dan 1 orang Warganegara Laos berumur dari 23 tahun hingga 65 tahun telah di dapati terlibat dalam kesalahan ini.. Jika mempunyai sebarang aduan dan maklumat berkenaan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, di minta untuk menghubungi Pusat Komunikasi Perikanan (FISHCOM) di talian Hotline 24 Jam laltu 03-8888 5019 atau 03 8870 4058 bagi melaporkan kejadian tersebut.

Memorandum of Understanding (MOU) Signing Ceremony between the Department of Fisheries Malaysia and Aquawalk Group. (Aquaria KLCC)

The Department of Fisheries Malaysia (DOF) signed a memorandum of understanding (MOU) with Aquaria KLCC today as a sign of agreement for cooperation on the management and conservation of endangered aquatic species such as turtles, marine mammals and corals. The MOU was officiated by YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah Deputy Director General of Fisheries (Management) and Managing Director of Aquawalk Group, YBhg. Dato’ Simon Foong and witnessed by YB Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Member of Parliament for Balik Pulau. At the same event, there was also a pre-launch of the Marine Conservation Centre at Hotel Angsana Telok Bahang and the declaration of Telok Bahang Beach as a nest for spawning turtles. Both efforts are corporate social responsibility (CSR) implemented by Aquawalk Group as well as Hotel Angsana Telok Bahang and Universiti Malaysia Terengganu (UMT) acting as technical advisors for the preservation and rehabilitation efforts of endangered species especially turtles. Based on the records from 2019 to 2023, Penang recorded 292 turtle mother landing data and 27,701 eggs were successfully collected and hatched 17,607 turtles. Two species of turtles identified to land around the coast of Penang are turtle agar (Chelonia mydas) and cockroach turtle (Lepidochelys olivacea). The reptile landings are concentrated at Kerachut Beach, Teluk Kampi and Telok Bahang. During 2023, a total of 41,963 visitors from within and outside the country were recorded visiting the Turtle Conservation and Information Centre, DOF. DOF is always sensitive to the issue of management and conservation of endangered species especially with regard to turtles. DOF carries out turtle management and enforcement activities with reference to the Fisheries Act 1985 and the Fisheries (Turtle and Turtle Egg) Rules or Turtle Enactment under the laws of the state government and always works with the State Government and other stakeholders such as Non-Statutory Bodies (NGOs) to carry out awareness activities to the target group.

Majlis Menandatangani Perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Jabatan Perikanan Malaysia dan Aquawalk Group. (Aquaria KLCC)

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama Aquaria KLCC hari ini sebagai tanda persetujuan bagi bidang kerjasama berkaitan pengurusan dan pemuliharaan spesies akuatik terancam seperti penyu, mamalia marin dan batu karang. MOU berkenaan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) dan Pengarah Urusan Aquawalk Group, YBhg. Dato’ Simon Foong dan disaksikan oleh YB Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Ahli Parlimen Balik Pulau. Pada majlis yang sama turut diadakan pra pelancaran Pusat Konservasi Marin di Hotel Angsana Telok Bahang dan pengisytiharan Pantai Telok Bahang sebagai sarang penyu bertelur. Kedua-dua usaha ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh Aquawalk Group serta Hotel Angsana Telok Bahang dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bertindak sebagai penasihat teknikal bagi usaha pemeliharaan dan rehabilitasi spesies terancam terutamanya penyu. Berdasarkan rekod dari tahun 2019 hingga 2023, Pulau Pinang mencatatkan data pendaratan ibu penyu sebanyak 292 kali dan sebanyak 27,701 biji telur telah berjaya dikutip dan penetasan telur sebanyak 17,607 anak penyu. Dua spesies penyu yang dikenal pasti mendarat di sekitar pantai Pulau Pinang adalah penyu agar (Chelonia mydas) dan penyu lipas (Lepidochelys olivacea). Pendaratan reptilia ini tertumpu di Pantai Kerachut, Teluk Kampi dan Telok Bahang. Sepanjang tahun 2023, sebanyak 41,963 pelawat dari dalam dan luar negara direkodkan mengunjungi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, DOF. DOF sentiasa peka dengan isu pengurusan dan konservasi spesies terancam terutamanya berkaitan penyu. DOF melaksanakan aktiviti pengurusan dan penguatkuasaan penyu dengan merujuk kepada Akta Perikanan 1985 dan Kaedah- kaedah Perikanan (Penyu dan Telur Penyu) atau Enakmen Penyu di bawah undang- undang kerajaan negeri dan sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri serta pemegang taruh lain seperti Badan Bukan Berkanun (NGO) untuk menjalankan aktiviti kesedaran kepada golongan sasar.

Ceremony on the Release of Fish of Solar Technology Program and IOT Application on Agropreneurs of Freshwater Fish Farming

The National Defence University of Malaysia (UPNM) has sought assistance and guidance from the Department of Fisheries Malaysia (DOF) for the solar technology program and IOT application on the Freshwater Fish Farming Agropreneur. DOF through the Federal Territory Fisheries Office of Kuala Lumpur and Putrajaya has provided 4,000 puyu and tilapia seeds, prepared a special sketch for the aquaculture breeding system as a reference UPNM developed the system, and managed the course at the Glami Lemi Research Institute for UPNM staff. On this day, Mr. Sukri bin Daris, Senior Deputy Director of Fisheries Conservation and Protection Division accompanied by Prof. Ts. Dr. Muhd Zu Azhan bin Yahya, Deputy Vice-Chancellor of Student Affairs and Alumni has released 2,000 fish seeds as a symbol of the ceremony. Also present at the ceremony were Puan Suhanah binti Kassiron, Director of the Fisheries Office of the Federal Territory of Kuala Lumpur & Putrajaya as well as staff of the National Defence University of Malaysia and staff of the Fisheries Office.

Majlis Ringkas Pelepasan Anak Ikan Program Teknologi Solar dan Aplikasi IOT ke atas Agropreneur Penternakan Ikan Air Tawar

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mendapatkan khidmat bantuan dan tunjuk ajar daripada Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) bagi program teknologi solar dan aplikasi IOT ke atas Agropreneur Penternakan Ikan Air Tawar. DOF menerusi Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah memberi bantuan 4,000 benih ikan puyu dan tilapia, sediakan lakaran khas untuk sistem ternakan akuakultur sebagai rujukan UPNM membangunkan sistem, dan menguruskan kursus di Institut Penyelidikan Glami Lemi untuk kakitangan UPNM. Pada hari ini, En. Sukri bin Daris, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan diiringi Prof. Ts. Dr. Muhd Zu Azhan bin Yahya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah melepaskan 2,000 benih ikan sebagai simbolik majlis. Turut hadir dalam majlis ini Puan Suhanah binti Kassiron, Pengarah Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya serta kakitangan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan kakitangan Pejabat Perikanan.

FishComm Hotline