Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Kunjungan Hormat Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi Dan Pelaburan Sabah (Sedia) Kepada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan selaku Ketua Eksekutif di Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia, Putajaya. Sesi ini diadakan bagi membincangkan cadangan strategik pihak SEDIA dalam mewujudkan projek akuakultur kerang di Sabah. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menyambut baik hasrat SEDIA untuk membangunkan projek akuakultur kerang dalam meningkatkan pengeluaran makanan serta menyahut seruan Kerajaan ke arah keterjaminan makanan negara. Hadir sama dalam sesi kunjungan ini adalah Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan, YBhg. Dato’ Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur serta pegawai-pegawai perikanan ibu pejabat.

Fitness Activity Session and Fisheries Agrofood Site Working Committee Meeting in conjunction with Maha 2024

The Department of Fisheries Malaysia (DOF) has held a Fitness Activity Session and Fisheries Agrofood Site Working Committee Meeting in conjunction with the Malaysian Agriculture, Horticulture and Agro-Tourism Exhibition (MAHA) 2024 which will take place from 11 to 22 September 2024 in Maeps, Serdang. Fitness activity sessions which are also gotong-royong activities for the staff of the Department of Fisheries Malaysia in making preparations such as cleaning the Fisheries Agrofood Farm area so that it is always clean and under control. The committee meeting chaired by YBhg Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of the Department of Fisheries Malaysia to discuss the current status of the preparation of the Fisheries Agrofood Site and discuss current or arising issues so that all preparations are in order. Also present were Mrs. Yeo Moi Eim, Senior Director of Fisheries Biosecurity Division, YBhg Dato’ Azahari bin Haji Othman, Senior Director of Aquaculture Division and fisheries officers from the headquarters.

Sesi Aktiviti Kecergasan Dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Laman Agrofood Perikanan Sempena Maha 2024

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah mengadakan Sesi Aktiviti Kecergasan dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Laman Agrofood Perikanan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang akan berlangsung pada 11 higga 22 September 2024 di Maeps, Serdang. Sesi aktiviti kecergasan yang juga merupakan aktiviti gotong-royong kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia dalam membuat persiapan seperti membersihkan kawasan Laman Agrofood Perikanan agar sentiasa bersih dan terkawal. Mesyuarat jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia bagi membincangkan status semasa persediaan Laman Agrofood Perikanan dan perbincangan mengenai isu-isu semasa atau berbangkit agar segala persiapan dalam keadaan teratur. Hadir sama, Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan, YBhg Dato’ Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur serta pegawai-pegawai perikanan ibu pejabat.

Courtesy call by Sabah Economic Development and Investment Authority (Sedia) to Director General of Department of Fisheries Malaysia

Ybhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia, was honoured to receive a courtesy call from the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) delegation led by YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan as Chief Executive at the Department of Fisheries Malaysia Headquarters, Putajaya. This session was held to discuss the strategic proposal of SEDIA in establishing a shellfish aquaculture project in Sabah. The Department of Fisheries Malaysia (DOF) welcomes ZEID’s intention to develop a shellfish aquaculture project to increase food production as well as respond to the Government’s call towards the country’s food security. Also present during the visit was Puan Yeo Moi Eim, Senior Director of Fisheries Biosecurity Division, YBhg. Dato’ Azahari bin Haji Othman, Senior Director of the Aquaculture Division and fisheries officers of the headquarters.

Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Ke Pusat Taman Laut Pulau Redang

YB Datuk Joseph Arthur Kurup, Deputy Minister of Agriculture and Food Security paid an official working visit to the Pulau Redang Marine Park Centre to inspect the latest facilities and management system of the centre. During this visit, he was briefed on the management of marine protected areas by Yang Mulia Tengku Balkis binti Tengku Abdul Rashid, Head of Marine Park Management and Marine Protection Branch. Fisheries Conservation and Protection Division Turut hadir sama dalam lawatan ini, YB Haji Hilmi bin Harun, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia, Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu dan Puan Norlizawati binti Ibrahim, Ketua Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Pejabat Perikanan Negeri Terengganu.

Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Ke Pusat Taman Laut Pulau Redang

YB Datuk Joseph Arthur Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pusat Taman Laut Pulau Redang bagi meninjau fasiliti terkini dan sistem pengurusan pusat tersebut. Dalam lawatan ini, beliau telah diberi taklimat berkenaan pengurusan kawasan perlindungan marin oleh Yang Mulia Tengku Balkis binti Tengku Abdul Rashid, Ketua Cawangan Pengurusan Taman Laut dan Perlindungan Marin. Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan Turut hadir sama dalam lawatan ini, YB Haji Hilmi bin Harun, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia, Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu dan Puan Norlizawati binti Ibrahim, Ketua Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Pejabat Perikanan Negeri Terengganu.

Program Pelepasan Anak Penyu Merdeka

YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, telah menyempurnakan Program Pelepasan 670 ekor anak Penyu Agar di Pantai Pasir Panjang, Pulau Redang bersempena bulan kebangsaan yang ke 67. Beliau berkata, program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan Perikanan Malaysia dalam memelihara spesies penyu yang semakin terancam di Malaysia dan bukan sahaja bertujuan memulihkan populasi penyu di perairan negara, tetapi juga untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemeliharaan spesies terancam dan keperluan melindungi alam sekitar. Jabatan Perikanan juga berharap program ini dapat memupuk kesedaran dan tanggungjawab kolektif terhadap pelestarian alam sekitar di kalangan rakyat Malaysia dan merupakan salah satu inisiatif bagi memastikan bahawa generasi akan datang dapat mewarisi kekayaan biodiversiti negara. Turut hadir sama dalam program ini, YB Haji Hilmi bin Harun, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai perikanan negeri dan ibu pejabat.

Independent Turtle Hatchling Release Program

YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Deputy Minister of Agriculture and Food Security, has completed the Release Programme of 670 Agar Turtle Hatchlings at Pasir Panjang Beach, Redang Island in conjunction with the 67th national month. He said the programme is part of the Department of Fisheries Malaysia’s ongoing efforts in conserving the increasingly endangered species of turtles in Malaysia and is not only aimed at restoring the turtle population in the country’s waters, but also to raise public awareness on the importance of preserving endangered species and the need to protect the environment. The Department of Fisheries also hopes that this programme can foster awareness and collective responsibility for environmental conservation among Malaysians and is one of the initiatives to ensure that future generations can inherit the country’s rich biodiversity. Also present at the programme were YB Haji Hilmi bin Harun, Deputy Chairman of the Terengganu State Agriculture, Agro-based Industry, Food Security and Commodities Committee, Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of the Department of Fisheries Malaysia, Mr. Ruzaidi bin Mamat, Director of Fisheries of Terengganu as well as state fisheries officers and headquarters.

Working Visit of the Director General of Fisheries Malaysia to the Fisheries Research Institute (IPP) Rantau Abang.

Director General of Fisheries Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, paid a working visit to the Fisheries Research Institute (IPP) Rantau Abang to inspect the office facilities at the Endangered Marine Species Gallery as well as the Turtle and Marine Mammal Rescue Pond. The Rantau Abang IPP conducts various studies on marine biology, ecology, and conservation of endangered species, including the iconic leatherback turtle that is abundant in the area. Research conducted at this institute assists in formulating strategies for marine conservation, sustainable fishing practices, and habitat protection. The institute also collaborates with local and international organizations to promote marine biodiversity conservation and plays an important role in educating the public in raising awareness about the importance of marine life conservation through research, outreach programs, and community engagement. Also present, YBrs. En. Ruzaidi bin Mamat, Director of the Terengganu State Fisheries Office, YBrs. Mr. Sharum bin Yusof, Director of the Rantau Abang Fisheries Research Institute as well as state fisheries officers and headquarters.

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Rantau Abang.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Rantau Abang bagi meninjau fasiliti pejabat di Galeri Spesis Marin Terancam serta Kolam Menyelamat Penyu dan Mamalia Marin. IPP Rantau Abang ini menjalankan pelbagai kajian mengenai biologi marin, ekologi, dan pemuliharaan spesies terancam, termasuk penyu belimbing ikonik yang banyak terdapat di kawasan itu. Penyelidikan yang dijalankan di institut ini membantu dalam merangka strategi untuk pemuliharaan marin, amalan penangkapan ikan yang mampan, dan perlindungan habitat. Institut ini juga bekerjasama dengan organisasi tempatan dan antarabangsa untuk mempromosikan pemuliharaan biodiversiti marin dan memainkan peranan penting dalam mendidik orang ramai dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan hidupan marin melalui penyelidikan, program jangkauan dan penglibatan masyarakat. Turut Hadir, YBrs. En. Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Terengganu, YBrs. Encik Sharum bin Yusof, Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang serta pegawai-pegawai perikanan negeri dan ibu pejabat.

FishComm Hotline