Corporate Social Responsibility Programme *CSR) “Semarak Komuniti”- Protecting Nature, Safeguarding Heritage” with MyKomuniti Perikanan (MyKP) Merchang.

Ybhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of the Department of Fisheries Malaysia, officiated the Malaysian Shellfish Association (MSS) Programme (CSR) with myKP Merchang, Marang, Terengganu. This program is of great importance in efforts to preserve the environment and local fishery resources. In addition, it can also emphasize the values of local heritage that need to be preserved so that it can be passed on to future generations. Among the activities that have been carried out throughout this program are gotong-royong around the myKPMerchang jetty and also the release of 100 baby turtles of the Chelonia mydas species, the planting of 40 mangrove trees as a symbol of the CSR programme, 2,000 Nipah Crab (Scylla paramamosain) and 2,000 Siakap (Lates calcarifer) fry in the waters of Merchang which aims to increase the population and conserve fishery biodiversity and thus strengthen fishery resources as a food source for the purpose of ensuring the country’s food security and helping to generate the socio-economy of the local community. Also present were YBhg. Professor Dato’ Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar, Honorary Member of the Malaysian Shellfish Society (MSS), Principal Research Fellow of the Research Division –Animal and Environmental Adaptation (AEA), Institute of Marine Adaptation and Biotechnology (ICAMB), Universiti Malaysia Terengganu, YBrs. En. Ruzaidi bin Mamat, Head of CSR Programme of MyKP Merchang as Deputy President of MSS Director of Terengganu State Fisheries Office, YBrs. Prof. Dr. Muhammad Ikhwanuddin bin Abdullah, President of the Malaysian Shellfish Association Director of the Institute of Tropical Aquaculture and Fisheries (AKUATROP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), YBrs. En. Zulkifly bin Isa, District Officer/Land Administrator Management Services, Marang District and Land Office, Terengganu, YBrs. Puan Zaidhuha binti Omar, Vice President, Office of the President and Group Chief Executive Officer of Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. as well as state fisheries officers and headquarters.
Program Tanggungjawab Sosial Korporat *CSR) “Semarak Komuniti”- Melindungi Alam, Menjaga Warisan” bersama MyKomuniti Perikanan (MyKP) Merchang.

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, telah merasmikan Program (CSR) Persatuan Kerang-kerangan Malaysia (MSS) bersama myKP Merchang, Marang, Terengganu. Program ini mempunyai kepentingan yang besar dalam usaha memelihara alam sekitar dan sumber perikanan tempatan. Selain itu juga dapat menekankan nilai-nilai warisan tempatan yang perlu dipelihara agar dapat diwariskan kepada generasi akan datang. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini adalah gotong-royong di sekitar jeti myKPMerchang dan juga pelepasan 100 ekor anak penyu agar spesis Chelonia mydas, penanaman 40 pokok bakau sebagai simbolik program CSR, 2,000 ekor benih Ketam Nipah (Scylla paramamosain) dan 2,000 ekor anak ikan Siakap (Lates calcarifer) di perairan Merchang ini yang bertujuan untuk meningkatkan populasi dan memulihara kepelbagaian biodiversiti perikanan seterusnya dapat mengukuhkan sumber perikanan sebagai sumber makanan bagi tujuan keterjaminan makanan negara dan membantu menjana sosio ekonomi masyarakat setempat. Turut hadir sama, YBhg. Professor Dato’ Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar, Ahli Kehormat Persatuan Kerang-kerangan Malaysia (MSS), merangkap Felo Penyelidik Utama Bahagian Penyelidikan –Animal and Environmental Adaptation (AEA), Institut Adaptasi dan Bioteknologi Marin (ICAMB), Universiti Malaysia Terengganu, YBrs. En. Ruzaidi bin Mamat, Ketua Program CSR MyKP Merchang selaku Timbalan Presiden MSS Merangkap Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Terengganu, YBrs. Prof. Dr. Muhammad Ikhwanuddin bin Abdullah, Presiden Persatuan Kerang-kerangan Malaysia merangkap Pengarah Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), YBrs. En. Zulkifly bin Isa, Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Khidmat Pengurusan, Pejabat Daerah Dan Tanah Marang, Terengganu, YBrs. Puan Zaidhuha binti Omar, Naib Presiden, Pejabat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. serta pegawai-pegawai perikanan negeri dan ibu pejabat.
Department of Fisheries Malaysia Deep Sea Industry Consultative Council 2024

The Department of Fisheries Malaysia (DOF) through the Catch Fisheries Resources Division has organised the Deep Sea Industry Consultative Council (MPI) in Kuantan, Pahang. The ceremony was officiated by Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia. This MPI was attended by deep-sea industry players, especially involving C2 vessels from all over Malaysia. A total of 5 papers were presented at this MPI. The ceremony continued with the launch of the Vessel Identification System (SIV) through QR code scanning technology (Quick Response Code) installed on the Deep Sea Fishing vessel (Zone C2). The SIV was developed by DOF in 2020 to determine the purity of local vessels at a cost of RM602,500 and will be extended until 2024 with improvements in terms of durability and durable safety design against changes in weather and the marine environment. The launch of the SIV assists DOF in combating Illegal, Unreported & Unregulated (IUU) fisheries in Malaysia such as the issue of cloning local vessels and the leakage of fishery resources to neighbouring countries. This is evidenced by the arrest case that occurred in January 2022 in Thailand involving five local vessels detained by the authorities in the country, where the identification of the four local fishing vessels was identified by the DOF and confirmed through the QR Code plates installed on the vessels. Director General of Fisheries Malaysia, Dato’ Haji Adnan bin Hussain said DOF will make the installation and implementation of QR Codes mandatory on all Zone C2 vessels starting in 2026 and subsequently will be applied to Zone C fishing vessels Also present at the programme were Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Deputy Director General of Fisheries (Management), Mr. Abdullah Bin Jaafar, Pahang State Director of Fisheries, as well as state directors and department staff.
Majlis Perundingan Industri Laut Dalam 2024 Jabatan Perikanan Malaysia

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan telah menganjurkan Majlis Perundingan Industri (MPI) Laut Dalam di Kuantan, Pahang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. MPI ini dihadiri oleh pemain-pemain industri laut dalam khususnya melibatkan vesel C2 dari seluruh Malaysia. Sebanyak 5 kertas telah dibentangkan di MPI ini. Majlis diteruskan dengan Pelancaran Sistem Identifikasi Vesel (SIV) melalui teknologi imbasan kod QR (Quick Response Code) yang dipasang di vesel Penangkapan Ikan Laut Dalam (Zon C2). SIV dibangunkan oleh DOF sejak tahun 2020 bagi menentukan ketulenan vesel tempatan dengan kos sebanyak RM602,500 dan diperluaskan sehingga tahun 2024 dengan penambahbaikan dari segi ketahanan dan reka bentuk keselamatan tahan lasak terhadap perubahan cuaca serta persekitaran marin. Pelancaran SIV membantu DOF dalam membanteras perikanan Illegal, Unreported & Unregulated (IUU) di Malaysia seperti isu pengklonan vesel tempatan dan ketirisan sumber perikanan ke negara jiran dapat dibendung. Ini terbukti melalui kes tangkapan yang berlaku pada bulan Januari tahun 2022 lalu di negara Thailand melibatkan lima buah vesel tempatan yang ditahan oleh penguatkuasa di negara tersebut, dimana pengecaman empat buah vesel penangkapan ikan tempatan tersebut telah dikenal pasti oleh DOF dan disahkan melalui plat Kod QR yang dipasang ke atas vesel tersebut. Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Dato’ Haji Adnan bin Hussain berkata DOF akan mewajibkan pemasangan dan pelaksanaan Kod QR ke atas semua vesel Zon C2 bermula tahun 2026 dan seterusnya akan diaplikasikan pemasangan kepada vesel penangkapan ikan Zon C Hadir sama ke program, Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), En Abdullah Bin Jaafar, Pengarah Perikanan Negeri Pahang, serta pengarah-pengarah negeri dan kakitangan jabatan.
Program Pelepasan Benih Ikan Kelab Golf Diraja, Kuantan Pahang

Sebanyak 20,000 ribu ekor benih ikan lampam sungai dan 1 ribu ekor benih ikan tilapia telah dilepaskan ke Kolam Rekreasi, Kelab Golf DiRaja Pahang. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Program Pelepasan Benih ikan ke perairan umum dijalankan sebagai salah satu usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Perikanan Malaysia untuk menguruskan sumber perikanan darat di Malaysia. Ini juga dapat menambah stok perikanan seterusnya meningkatkan populasi dan memulihara kepelbagaian biodiversiti. Turut hadir YH. Dato’ Suhaimi bin Sulong, DIMP.,SMP.,AMN.,PPN.,BKT.,PJK., Ahli Majlis-Majlis Bandaraya Kuantan, En Abdullah Bin Jaafar, Pengarah Perikanan Negeri Pahang serta pegawai-pegawai jabatan.
Royal Golf Club, Kuantan Pahang Fish Seed Release Programme

A total of 20,000 thousand river lampam fish fry and 1 thousand tilapia fish fry were released into the Recreational Pool, Royal Pahang Golf Club. The ceremony was officiated by YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of the Department of Fisheries Malaysia, The Fish Fry Release Programme into public waters is carried out as one of the efforts of the Ministry of Agriculture and Food Security through the Department of Fisheries Malaysia to manage inland fisheries resources in Malaysia. This can also increase fishery stocks thereby increasing the population and conserving biodiversity. Also present was YH. Dato’ Suhaimi bin Sulong, DIMP.,SMP.,AMN.,PPN.,BKT.,PJK., Kuantan City Council Members, Mr. Abdullah Bin Jaafar, Pahang State Fisheries Director and department officers.
Sosogoh Kampung Sosogoh Community Tagal Project Smart Program

The Deputy Minister of Agriculture and Food Security, YB Datuk Arthur Joseph Kurup has inaugurated the Pilot Program for the Strengthening of National Innovation for People’s Agro-Food Security (PINTAR) at the Tagal Project of Kampung Sosogoh Community, Pagalungan Nabawan, Sabah. This tagal system is a conservation program for fisheries resources through the involvement of communities that are able to preserve and protect the river ecosystem and even become a source of food for the local population and will also become an ecotourism attraction. The Ministry of Agriculture and Food Security (KPKM) through the Malaysian Fisheries Department has contributed RM40,000 worth of aid in the form of tourism infrastructure such as the construction of public toilets, equipment and native fish seeds while the Sabah Fisheries Department has also contributed RM20,000 worth of aid to the 12 Retirement Committees There was also the release of 2,850 4-inch river lamprey fish seeds donated by the Department of Fisheries Malaysia, with the aim of conserving fish species in increasing the population and conserving biodiversity. Also present were Datuk Badrul Hisham Mohd, KPKM Deputy Secretary General (Development), Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of the Malaysian Fisheries Department, Mr Azhar Kassim, Sabah State Fisheries Director and Sabah and Putrajaya State fisheries officials.
Program Rintis Pintar Projek Tagal Komuniti Kampung Sosogoh

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup telah merasmikan Program Rintis Pengukuhan Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat (PINTAR) di Projek Tagal Komuniti Kampung Sosogoh, Pagalungan Nabawan, Sabah. Sistem tagal ini merupakan program konservasi sumber perikanan melalui penglibatan komuniti yang mampu memelihara dan menjaga ekosistem sungai malah menjadi sumber makanan penduduk setempat dan juga bakal menjadi tarikan ekopelancongan. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Jabatan Perikanan Malaysia telah menyumbang keperluan bantuan bernilai RM40,000 dalam bentuk infrastruktur pelancongan seperti pembinaan tandas awam, peralatan dan benih ikan asli manakala Jabatan Perikanan Sabah turut menyumbang bantuan bernilai RM20,000 kepada 12 Jawatankuasa Tagal Pensiangan. Turut diadakan pelepasan benih ikan lampam sungai sebanyak 2,850 ekor bersaiz 4 inci sumbangan Jabatan Perikanan Malaysia bertujuan memulihara spesies ikan dalam meningkatkan populasi dan memulihara kepelbagaian biodiversiti. Hadir sama, Datuk Badrul Hisham Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM, Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Encik Azhar Kassim, Pengarah Perikanan Negeri Sabah serta pegawai-pegawai perikanan Negeri Sabah dan Putrajaya.
Sungai Jerneh myKP Mengoca Program and Demonstration of Aquaculture Flavors Cuisine

YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Deputy Minister of Agriculture and Food Security, officiated the Sungai Jerneh myKP Cake and Aquaculture Flavours Cooking Demonstration at the Kampung Sungai Jerneh Fish Estate, Gemencheh, Negeri Sembilan. The programme, which received cooperation from government and private agencies, managed to attract 400 visitors and participants from the local community. The Fish Estate operated by myKP Sungai Jerneh is one of the initiatives developed by DOF to increase the rate of freshwater fish production, especially in abandoned land areas that have the potential to be developed under the supervision of a community with the support of fish fry supply from DOF. At the same programme, a cura cheque from DOF amounting to RM 117,180.00 was also presented to seven farmers and fishermen in Tampin district, Negeri Sembilan. Also present, YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia, YB Dato’ Mohd Isam bin Hj Mohd Isa, Member of Parliament for Tampin, YB Tuan Suhaimizan Bizar, Member of the Gemencheh State Legislative Assembly (DUN) and Mr. Daing Muhamad Rahimi bin Abd Hamid, Deputy Land Administrator, Tampin District and Land Office.
Program Pesta Mengoca myKP Sungai Jerneh dan Demonstrasi Masakan Rasa-Rasa Akuakultur

YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, merasmikan Pesta Mengoca myKP Sungai Jerneh dan Demonstrasi Masakan Rasa-rasa Akuakultur di Estet Ikan Kampung Sungai Jerneh, Gemencheh, Negeri Sembilan. Program yang mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan dan swasta ini berjaya menarik 400 orang pengunjung dan peserta terdiri daripada masyarakat tempatan. Estet Ikan yang dikendalikan oleh myKP Sungai Jerneh merupakan salah satu inisiatif yang dibangunkan oleh DOF bagi meningkatkan kadar pengeluaran ikan air tawar, terutama di kawasan tanah terbiar yang berpotensi untuk dimajukan bawah seliaan sebuah komuniti dengan sokongan bekalan benih ikan dari DOF. Pada program yang sama turut diadakan penyampaian cek cura daripada DOF sebanyak RM 117,180.00 diberikan kepada tujuh orang penternak dan nelayan daerah Tampin, Negeri Sembilan. Hadir sama, YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, YB Dato’ Mohd Isam bin Hj Mohd Isa, Ahli Parlimen Tampin, YB Tuan Suhaimizan Bizar, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh dan En Daing Muhamad Rahimi bin Abd Hamid, Timbalan Pentadbir Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Tampin.