Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Parliament of Malaysia; 07 August 2024. Fifteenth Health Select Committee Meeting No.12 of 2024

The Department of Fisheries Malaysia together with the Department of Veterinary Services and NAHRIM had the opportunity to present in depth on Antimicrobial Resistance (AMR) to the Health Select Committee. This opportunity was used to share relevant insights and knowledge, as well as discuss steps that can be taken to address this increasingly pressing AMR challenge. The meeting was chaired by YB Tuan Suhaizan bin Kaiat, Member of Parliament for Pulai (Chairman). The Committee members involved are YB Tuan Oscar Ling Chai Yew (Member of Parliament for Sibu), YB Tuan Haji Onn bin Abu Bakar (Member of Parliament for Batu Pahat), YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi (Member of Parliament for Kuala Langat), YB Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Member of Parliament for Tanjong Karang) and YB Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak (Member of Parliament for Kuala Nerus), YB Puan Young Syefura binti Othman (Member of Parliament for Bentong) and YB Dato’ Adnan bin Abu Hassan (Member of Parliament for Kuala Pilah). Briefing session related to the initiative implemented on Antimicrobial Resistance (AMR) by:1) Department of Veterinary Services (DVS)2) Department of Fisheries Malaysia (DOF)3) National Research Institute of Malaysia (NAHRIM) Don’t let immune microogranism (antimicrobial resistance) take over! Let’s unite to address the AMR issue to strengthen the country’s food security. Let’s be a smart, responsible and prudent consumer.

Parlimen Malaysia; 07 Ogos 2024. Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Kelima Belas Bil.12 Tahun 2024

Jabatan Perikanan Malaysia bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan NAHRIM telah berkesempatan untuk membentangkan secara mendalam mengenai Antimicrobial Resistance (AMR) kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan. Peluang ini digunakan untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan yang relevan, serta membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menangani cabaran AMR yang semakin mendesak ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Tuan Suhaizan bin Kaiat, Ahli Parlimen Pulai (Pengerusi). Ahli-ahli Jawatankuasa yang terlibat ialah YB Tuan Oscar Ling Chai Yew (Ahli Parlimen Sibu), YB Tuan Haji Onn bin Abu Bakar (Ahli Parlimen Batu Pahat), YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi (Ahli Parlimen Kuala Langat), YB Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Ahli Parlimen Tanjong Karang) dan YB Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak (Ahli Parlimen Kuala Nerus), YB Puan Young Syefura binti Othman (Ahli Parlimen Bentong) dan YB Dato’ Adnan bin Abu Hassan (Ahli Parlimen Kuala Pilah). Sesi taklimat berkaitan inisiatif yang dilaksanakan mengenai kerintangan antimikrob (Antimicrobial Resistance-AMR) oleh :1) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS)2) Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)3) Institut Penyelidikan Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Jangan biarkan mikroogranisma kebal (kerintangan antimikrob) mengambil alih! Mari bersatu menangani isu AMR bagi memperkasakan sekuriti makanan negara. Ayuh menjadi pengguna yang bijak, bertanggungjawab dan berhemah.

Aquaculture Seminar 2024

The Department of Fisheries Malaysia (DOF) through the Aquaculture Division organized the Department of Fisheries Malaysia’s Aquaculture Seminar 2024 at the Bangi Avenue Convention Centre, Selangor. The seminar was officiated by YB. Datuk Arthur Joseph Kurup, Deputy Minister of Agriculture and Food Security. The seminar, which was held in a hybrid manner, specialised in the aspect of cultivating modern, sustainable and competitive technology. A total of 350 participants participated in this seminar consisting of industry players, aquaculture breeders and breeders’ associations throughout Malaysia. There was also the presentation of myGAP Certificates to operators who have complied with the certification requirements as well as the presentation of cheques for the Aquaculture Integration Development Programme (PPIA) cluster projects worth RM7.36 million to the state of Pahang and RM951,500.00 to the state of Penang as recipients for the commercial category who will receive allocations in 2024. An exhibition on aquaculture technology was also held to provide opportunities for participants to explore information and exhibitors to share their expertise. Also present at the programme were Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Deputy Director General of Fisheries (Management), YBhg. Dato’ Haji Azahari Othman, Senior Director of the Aquaculture Division, Dr. Azhar Bin Hamzah, Senior Director of the Fisheries Research Institute, and Mrs. Yeo Moi Eim, Senior Director of the Biosecurity Division.

Seminar Akuakultur 2024

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui Bahagian Akuakultur menganjurkan Seminar Akuakultur 2024 Jabatan Perikanan Malaysia di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor. Seminar ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Seminar yang diadakan secara hibrid ini memberi pengkhususan kepada aspek membudayakan teknologi moden, lestari dan berdaya saing. Seramai 350 orang peserta menyertai seminar ini terdiri daripada pemain industri, penternak akuakultur dan persatuan-persatuan penternak seluruh Malaysia. Turut diadakan penyampaian Sijil myGAP kepada pengusaha yang telah mematuhi keperluan pensijilan serta penyampaian cek cura Program Pembangunan Integrasi Akuakultur (PPIA) projek kluster bernilai RM7.36 juta kepada negeri Pahang dan RM951,500.00 kepada negeri Pulau Pinang sebagai penerima bagi kategori komersial yang menerima peruntukan pada tahun 2024. Pameran berkenaan teknologi akuakultur turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta dalam eksplorasi maklumat dan pempamer berkongsi kepakaran. Hadir sama ke program, Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), YBhg. Dato’ Haji Azahari Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Dr. Azhar Bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan, dan Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti.

Department of Fisheries Malaysia Appreciation Ceremony 2024

The Department of Fisheries Malaysia (DOF) held the Department of Fisheries Malaysia Appreciation Ceremony 2024 which took place at the Sama Sama Hotel, KLIA. The ceremony was held to celebrate the success of 190 recipients of the 2023 Excellent Service Award (APC) and 56 retirees and prospective retirees in 2024 who have devoted their dedication and contributions to the department throughout their tenure of service. The ceremony was officiated by YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia. Also present at the ceremony were YBrs. Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Deputy Director General of Fisheries (Management), YBrs. Dr. Azhar bin Hamzah, Senior Director of Fisheries Research Institute together with Division Directors and State Fisheries Directors. Congratulations to APC recipients and happy retirement to those who have retired and will retire this year.

Majlis Apresiasi Jabatan Perikanan Malaysia 2024

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah mengadakan Majlis Apresiasi Jabatan Perikanan Malaysia 2024 yang berlangsung di Hotel Sama Sama, KLIA. Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan 190 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2023 dan 56 pesara serta bakal pesara tahun 2024 yang telah mencurahkan bakti serta sumbangan kepada jabatan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Turut hadir sama dalam majlis ini YBrs. Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), YBrs. Dr. Azhar bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan bersama Pengarah-pengarah bahagian dan Pengarah Perikanan Negeri. Sekalung tahniah kepada penerima APC dan selamat bersara kepada yang telah dan bakal bersara pada tahun ini.

Director General of Fisheries Malaysia’s Site Visit to Fisheries Agro-Food Site

Ybhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia, inspects the preparatory work at the location of the Fisheries Agrofood Site in conjunction with the Malaysian Agriculture, Horticulture and Agro-Tourism Exhibition (MAHA) 2024 which will take place from 11 to 22 September 2024 at the Malaysia Agriculture Expo Site Serdang (MAEPS). An explanation of the status during the preparation of the fisheries site was delivered by Mr. Nummeran bin Mohd Nordin, Head of Promotion and Information Branch, Fisheries Development Division. Among the places visited were the Aquaculture Gallery, the World Gallery of River Fish Sanctuary, the Gallery of Conservation and Capture Fisheries, the World Gallery of Science, the Shrimp Pond, and the Fish Cage. Also present were Mrs. Khazlita Adzim binti Abdol Aziz, Director of Fisheries Development Division and staff of the Department of Fisheries Malaysia.

Lawatan Tapak Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Laman Agro-Food Perikanan

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia meninjau kerja-kerja persiapan di tapak lokasi Laman Agrofood Perikanan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang akan berlangsung pada 11 hingga 22 September 2024 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Penerangan status semasa persiapan laman perikanan telah disampaikan oleh Encik Nummeran bin Mohd Nordin, Ketua Cawangan Promosi dan Informasi, Bahagian Pengembangan Perikanan. Antara tempat yang dilawat Galeri Akuakultur, Galeri Dunia Santuari Ikan Sungai, Galeri Konservasi dan Perikanan Tangkapan, Galeri Dunia Sains, Kolam Udang, dan Sangkar ikan. Hadir sama, Puan Khazlita Adzim binti Abdol Aziz Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan serta kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.

Director General of Fisheries Malaysia’s Working Visit to Catfish Livestock & Hatchery Project in Land Ponds

Ybhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia paid a working visit to the earthen pond catfish farming and hatchery project located in the Kuala Nerus district, Terengganu. The project, owned by Mr. Haji Tuan Ismail, has been operating since 2016 and has 1.59 acres of project site area with a yield production rate of 1.1 tonnes per month. In addition, this project has also received assistance from the Department of Fisheries. Also present were Mr. Ruzaidi bin Mamat, Terengganu State Fisheries Director as well as state fisheries officers and the head office.

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Projek Ternakan & Pembenihan Ikan Keli dalam Kolam Tanah

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke projek ternakan dan pembenihan Ikan Keli kolam tanah yang terletak di daerah Kuala Nerus, Terengganu. Projek yang dimiliki oleh Encik Haji Tuan Ismail ini telah beroperasi sejak 2016 yang mempunyai 1.59 ekar keluasan tapak projek dengan kadar pengeluaran hasil sebanyak 1.1 tan sebulan. Selain itu juga, projek ini juga telah mendapat bantuan dari Jabatan Perikanan. Turut hadir sama, Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai perikanan negeri dan ibu pejabat.

FishComm Hotline