Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Public Lecture on Student Wisdom of HEPA UMT

Ybhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia and Member of the Board of Directors of Universiti Malaysia Terengganu (UMT) attended the HEPA UMT Student Literacy Public Lecture Programme as a guest lecturer at the Auditorium of the Sultanah Nur Zahirah Library, UMT. He delivered a lecture entitled Fisheries Sector and Food Security which is a key perspective to improve the country’s food security and he hoped that students who take the field of fisheries science can study more diligently and gain more knowledge in preparation for the changing world that is increasingly advanced today. Also present was YBhg. Professor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, UMT Deputy Vice-Chancellor (Student Affairs and Alumni), YBrs. Associate Professor Dr. Yusof Shuaib bin Ibrahim, Director of UMT Alumni Centre, lecturers, UMT Student Representative Council, UMT students and officers of the Department of Fisheries Malaysia.

Syarahan Awam Kebitaraan Mahasiswa HEPA UMT

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia merangkap Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menghadiri Program Syarahan Awam Kebitaraan Mahasiswa HEPA UMT sebagai pensyarah jemputan yang bertempat di Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT. Beliau menyampaikan syarahan bertajuk Sektor Perikanan dan Keterjaminan Makanan yang merupakan satu perspektif utama bagi meningkatkan sekuriti makanan negara serta beliau berharap agar mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil bidang sains perikanan dapat belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan mendapatkan lebih banyak ilmu pengetahuan dalam persediaan menghadapi perubahan dunia yang semakin maju pada masa kini. Turut hadir sama YBhg. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, YBrs. Profesor Madya Dr. Yusof Shuaib bin Ibrahim, Pengarah Pusat Alumni UMT, pensyarah-pensyarah, Barisan Majlis Perwakilan Pelajar UMT, mahasiswa dan mahasiswi UMT serta pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Malaysia.

Director General of Fisheries Malaysia’s Working Visit to Setiu Wetlands

Ybhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia visited the Setiu Wetlands managed by the Terengganu State Park Management Council. His visit was welcomed by YM Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman, Director of the Terengganu State Park Management Council. The purpose of this working visit was to see the operation and management of Setiu Wetlands. The Setiu Wetlands is the largest land in the East Coast of Peninsular Malaysia with an area of 23,000 hectares and there are 406 species of flora, 100 species of mangroves, 10 ecosystems, 216 species of birds, 117 species of fish and 61 species of mammals. During this visit, he was also given the opportunity to plant rhu trees as a sign of his visit. Also present were Mr. Ruzaidi bin Mamat, Terengganu State Director of Fisheries, Puan Norlizawati binti Ibrahim, Head of Fisheries Conservation and Protection Branch, Terengganu State Fisheries Office as well as state fisheries officers and headquarters.

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Setiu Wetlands

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah mengadakan lawatan ke Setiu Wetlands yang diuruskan oleh Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Lawatan beliau disambut oleh YM Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Tujuan lawatan kerja ini adalah bagi melihat pengoperasian dan pengurusan Setiu Wetlands. Tanah bencah Setiu Wetlands merupakan tanah yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu seluas 23,000 hektar dan terdapat 406 spesies flora, 100 spesies bakau, 10 ekosistem, 216 spesies burung, 117 spesies ikan dan 61 spesies mamalia. Dalam lawatan ini, beliau juga diberi kesempatan untuk menanam pokok rhu sebagai tanda kenangan lawatan beliau. Turut hadir sama Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Puan Norlizawati binti Ibrahim, Ketua Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Pejabat Perikanan Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai perikanan negeri dan ibu pejabat.

Working Visit of the Director General of Fisheries Malaysia to the Collection Counter at the Marine Park, Terengganu State Fisheries Office

Ybhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia visited the Marine Park Fee Collection Counter, Terengganu State Fisheries Office at the Taman Tamadun Islam Jetty, Kuala Terengganu and Merang, Setiu to observe the operation and management of the fee ticket sales system managed by the Fisheries Officer to ensure that the management of ticket sales at the jetty is always orderly and controlled. Also present were Mr. Ruzaidi bin Mamat, Terengganu State Director of Fisheries, Puan Norlizawati binti Ibrahim, Head of Fisheries Conservation and Protection Branch, Terengganu State Fisheries Office as well as state fisheries officers and headquarters.

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Kaunter Kutipan di Taman Laut, Pejabat Perikanan Negeri Terengganu

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah mengadakan lawatan ke Kaunter Kutipan Fi Taman Laut, Pejabat Perikanan Negeri Terengganu di Jeti Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu dan Merang, Setiu bagi meninjau pengoperasian dan pengurusan sistem penjualan tiket fi yang diuruskan oleh Pegawai Perikanan bagi memastikan pengurusan penjualan tiket di jeti sentiasa teratur dan terkawal. Turut hadir sama Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Puan Norlizawati binti Ibrahim, Ketua Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Pejabat Perikanan Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai perikanan negeri dan ibu pejabat.

Terengganu Aqualculture Programme

Ybhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain officiated the Terengganu State Aquaculture Taste Programme in conjunction with the Terengganu State Farmers, Breeders and Fishermen Day (HPPNT) & East Coast Sado Cattle Association (HSLPT) 2024 which took place at Dataran Pekan Jabi, Besut. In this program, YBhg. Dato’ Adnan presented mock-cheques for the recipients of PPSPA, SPeKS Aquaculture and SPeKS Fisheries Expansion and tried to taste milk fish-based food products. This programme is able to strengthen the aquaculture industry with the aim of encouraging more locals to make aquaculture fish their first choice apart from marine fish. Also present were Mr. Ruzaidi bin Mamat, Terengganu State Director of Fisheries, Mr. Muhammad Faizan bin Che Othman, Chief Assistant Director (Macro) of the Terengganu Economic Planning Unit and state fisheries officers.

Program Rasa-Rasa Akuakultur Negeri Terengganu

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain telah merasmikan Program Rasa-rasa Akuakultur Negeri Terengganu sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu (HPPNT) & Himpunan Lembu Sado Pantai Timur (HSLPT) tahun 2024 yang berlangsung di Dataran Pekan Jabi, Besut. Dalam program ini YBhg. Dato’ Adnan telah menyampaikan mock-cheque bagi penerima bantuan PPSPA, SPeKS Akuakultur dan SPeKS Pengembangan Perikanan dan telah mencuba merasai produk makanan berasaskan ikan susu. Program ini mampu memperkukuhkan industri akuakultur dengan matlamat menggalakkan lebih ramai rakyat tempatan menjadikan ikan akuakultur sebagai pilihan utama selain daripada ikan laut. Turut hadir sama Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Encik Muhammad Faizan bin Che Othman, Ketua Penolong Pengarah (Makro) Unit Perancang Ekonomi Terengganu serta pegawai-pegawai perikanan negeri.

Progress Presentation and Contract Signing Session for E-License 2.0 Project

A session to sign the service agreement document for developing, testing, integrating, supplying, implementing and commissioning the licensing management system (E-Lesen 2.0) for the Department of Fisheries Malaysia was held at Wisma Tani with EBI Resources Sdn Bhd. The session was chaired by YBhg Dato’ Haji Adnan Bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia as the department representative and Tuan Noor Azhar Bin Ahmad, Managing Director of EBI Resources Sdn Bhd as the company representative. The purpose of this session was to sign a document to enter into a contract between the department and the company throughout the development of this system which is expected to be completed in November 2025. The e-Lesen system is also one of the main systems in the Department which is the licensing management system in Malaysia. Therefore, the Department has taken the initiative to develop a more effective and user-friendly e-License 2.0 system.

Sesi Pembentangan Kemajuan dan Menandatangani Kontrak Projek E-Lesen 2.0

Satu sesi menandatangani dokumen perjanjian perkhidmatan membangun, menguji, mengintegrasi, membekal, melaksana dan mentauliah sistem pengurusan perlesenan (E-Lesen 2.0) untuk Jabatan Perikanan Malaysia telah dilaksanakan di Wisma Tani bersama syarikat EBI Resources Sdn Bhd. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Haji Adnan Bin Hussain , Ketua Pengarah Perikanan Malaysia sebagai wakil jabatan bersama Tuan Noor Azhar Bin Ahmad, Managing Director EBI Resources Sdn Bhd sebagai wakil syarikat. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk menandatangani dokumen bagi mengikat kontrak di antara jabatan dan pihak syarikat sepanjang pembangunan sistem ini dijalankan di mana sistem ini dijangka siap pada November 2025. Sistem e-Lesen juga merupakan salah satu sistem utama dalam Jabatan di mana sebagai sistem pengurusan pelesenan di Malaysia. Oleh hal demikian, Jabatan telah mengambil inisiatif untuk membangunkan sistem e-Lesen 2.0 yang lebih efektif dan mesra pengguna.

FishComm Hotline