Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Artificial Tukun Anchoring Programme in the Waters of Pulau Sembilan, Perak

His Royal Highness Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah D.K., D.K II (Johor)., D.K.A II., P.S.M., S.P.C.M., S.S.D.K, Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan has agreed to launch the Artificial Anchoring Programme in the Waters of the Sembilan Islands, Perak. 12 units of trawl barrier soft bottom reefs (TDL-AT) worth RM370,660.00 have been anchored for conservation purposes and to curb fishing activities using resource-unfriendly equipment in coastal waters. The Department of Fisheries (DOF) has channelled an allocation of RM1.26 million to the state of Perak for the development and monitoring of artificial reefs from the 11th MP to the 12th MP (2019 to 2024). During the period, a total of 47 reef units were anchored in four different locations in Perak waters. The development of artificial reefs in Malaysia is part of the government’s efforts through DOF to conserve marine biodiversity and ensure that the management of fishery resources is always sustainable and secure. The results of this reef berth can also benefit 18,217 fishermen in the state of Perak. Also present were YB Tuan Azman Noh, Pengkalan Baru State Assemblyman, Mr. Sukri Deris, Senior Deputy Director, Fisheries Conservation and Protection Division, Haji Mohd Ghazali A. Manap, Perak State Fisheries Director.

Program Melabuh Tukun Tiruan di Perairan Pulau Sembilan, Perak

Duli Yang Amat Mulia Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah D.K., D.K II (Johor)., D.K.A II., P.S.M., S.P.C.M., S.S.D.K, Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan telah berkenan berangkat melancarkan Program Melabuh Tukun Tiruan di Perairan Kepulauan Sembilan, Perak. 12 unit tukun dasar lembut penghalang pukat tunda (TDL-AT) bernilai RM370,660.00 telah dilabuhkan bagi tujuan konservasi serta mengekang aktiviti penangkapan ikan menggunakan peralatan tidak mesra sumber di kawasan perairan pantai. Jabatan Perikanan (DOF) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM 1.26 juta kepada negeri Perak bagi pembangunan dan pemantauan tukun tiruan sepanjang RMKe-11 hingga RMKe-12 (2019 hingga 2024). Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 47 unit tukun telah dilabuhkan di empat lokasi yang berbeza di perairan negeri Perak. Pembangunan tukun tiruan di Malaysia adalah sebahagian usaha kerajaan melalui DOF bagi memulihara biodiversiti marin serta memastikan pengurusan sumber perikanan sentiasa mampan dan terjamin. Hasil melabuh tukun ini juga dapat memberi manfaat kepada 18,217 orang nelayan di negeri Perak. Hadir sama YB Tuan Azman Noh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Encik Sukri Deris, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Haji Mohd Ghazali A. Manap, Pengarah Perikanan Negeri Perak.

Melaka State Fisheries Sub-sector 2024 Agricultural Census Booth Programme

YBrs. Mr. Nazri bin Ishak, Director of the Policy and Strategic Planning Division officiated the Fisheries Sub-Sector Agricultural Census Booth 2024 Programme at the Melaka State Turtle Conservation and Information Centre which took place from 29 June 2024 to 30 June 2024. The program continued with a briefing on the 2024 Fisheries Profile by Mrs. Marlinda Anim binti Marham, Head of the Fisheries Data Collection Branch and a briefing on the 2024 Agricultural Census delivered by En. Mohd Suhaimi bin Mohd Rashid, Director of Statistics of Melaka State. For information, the 2024 Agricultural Census will be held starting on July 7, 2024 involving a total of 1342 aquaculture farmers and fishermen for the fisheries sub-sector in the State of Melaka. In addition, visitors to the Turtle Conservation and Information Centre can also participate in a kahoot quiz about the 2024 Agricultural Census and Turtles. Agricultural Census 2024: The Key to Agricultural Progress

Program Reruai Banci Pertanian 2024 Subsektor Perikanan Negeri Melaka

YBrs. Encik Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik telah merasmikan Program Reruai Banci Pertanian 2024 Subsektor Perikanan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Negeri Melaka yang berlangsung pada 29 Jun 2024 sehingga 30 Jun 2024. Program diteruskan dengan taklimat Profil Perikanan 2024 oleh Puan Marlinda Anim binti Marham, Ketua Cawangan Pengutipan Data Perikanan dan taklimat Banci Pertanian 2024 yang disampaikan oleh En. Mohd Suhaimi bin Mohd Rashid, Pengarah Perangkaan Negeri Melaka. Untuk makluman Banci Pertanian 2024 akan diadakan bermula pada 7 Julai 2024 yang melibatkan seramai 1342 orang penternak akuakultur dan nelayan bagi subsektor perikanan di Negeri Melaka. Disamping itu, para pengunjung Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu juga boleh menyertai kuiz kahoot tentang Banci Pertanian 2024 dan Penyu. Banci Pertanian 2024: Kunci Kemajuan Pertanian

Shooting Skill Test of Department of Fisheries Malaysia

This program aims to improve the efficiency and skills of DOF officers and enforcement personnel in the handling of firearms and ammunition. A total of 102 DOF enforcement officers from various states have participated in this program. The program was inaugurated by YBrs. Tuan Haji Bohari bin Leng at the Southeast Brigade Headquarters, General Operations Force (PGA), Bukit Galing Camp, Kuantan, Malaysia. Also present in this program is Mr. Sukri Bin Deris Senior Deputy Director of Fisheries Conservation and Protection Division, and ASP Mohd Irwan Bin AB. Aziz General Movement Team (PGA), Kuantan.

Ujian Kemahiran Menembak Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) 2024

Program ini bertujuan meningkatkan kecekapan dan kemahiran para pegawai dan anggota penguatkuasa DOF dalam pengendalian senjata api dan peluru. Seramai 102 orang anggota penguatkuasa DOF dari pelbagai negeri telah menyertai program ini. Program telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Bohari bin Leng di Markas Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Bukit Galing, Kuantan, Malaysia. Turut hadir sama dalam program ini En. Sukri Bin Deris Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, dan ASP Mohd Irwan Bin AB. Aziz Pasukan Gerakan Am (PGA), Kuantan.

Fisheries Site Visit in conjunction with MAHA 100 Years

YBrs. Tuan Haji Bohari bin Haji Leng, Deputy Director General of Fisheries (Development) inspects the preparatory works at the site of the Fisheries Agrofood Site in conjunction with the Malaysian Agriculture, Horticulture and Agro-Tourism Exhibition (MAHA) 2024 which will take place from 11 to 22 September 2024 at the Malaysia Agriculture Expo Site Serdang (MAEPS). An explanation of the status during the preparation of the fisheries site was delivered by Mr. Nummeran bin Mohd Nordin, Head of Promotion and Information Branch, Fisheries Development Division.

Lawatan Tapak Laman Perikanan Sempena MAHA 100 Tahun

YBrs. Tuan Haji Bohari bin Haji Leng, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) meninjau kerja-kerja persiapan di tapak lokasi Laman Agrofood Perikanan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang akan berlangsung pada 11 hingga 22 September 2024 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Penerangan status semasa persiapan laman perikanan telah disampaikan oleh Encik Nummeran bin Mohd Nordin, Ketua Cawangan Promosi dan Informasi, Bahagian Pengembangan Perikanan. Hadir sama, Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Biosekuriti Perikanan, Puan Shamila binti Zainol, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, serta pegawai-pegawai perikanan Ibu Pejabat.

4th CTY International Guppy & Plecostomus Match Combined with 2nd Guppy Asia Cup

YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Deputy Director General of Fisheries (Management) attended the 4th CTY International Guppy & Plecostomus competition which lasted for 3 days from 21 to 23 June 2024 in Penang and was officiated by YB Tuan Wong Yuee Harng, Pengkalan Kota Assemblyman. The main winner of this competition was won by a participant from China, Yuan Zhiguang. The Department of Fisheries Malaysia (DOF) will always support all efforts and initiatives to organize ornamental fish competitions held nationwide in line with the department’s direction of increasing ornamental fish production by 2030. Ornamental fish production is expected to increase by 352 million fish worth RM550 million by 2030. In 2023, the production of ornamental fish is 241 million with a value of RM373 million and 21% of it is for export purposes. Also present were YBhg. Dato’ Chew Seng Lye, Chairman of Chew Thean Yeang Aquarium Sdn. Bhd, Mr. Ronnie Chew, Programme Advisor of CTY Guppy Group (MCCG) as well as fisheries officers from the headquarters and state.

Pertandingan 4th CTY International Guppy & Plecostomus Bersekali Dengan 2nd Guppy Asia Cup

YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) telah menghadiri pertandingan 4th CTY International Guppy & Plecostomus yang berlangsung selama 3 hari bermula 21 hingga 23 Jun 2024 di Pulau Pinang telah dirasmikan oleh YB Tuan Wong Yuee Harng, Adun Pengkalan Kota. Pemenang utama dalam pertandingan ini telah dimenangi oleh peserta dari negara China iaitu Yuan Zhiguang. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) akan sentiasa menyokong segala usaha dan inisiatif penganjuran pertandingan ikan hiasan yang diadakan di seluruh negara sejajar dengan hala tuju jabatan iaitu meningkatkan pengeluaran ikan hiasan menjelang tahun 2030. Pengeluaran ikan hiasan dijangka meningkat sebanyak 352 juta ekor yang bernilai RM550 juta menjelang tahun 2030. Pada tahun 2023, pengeluaran ikan hiasan adalah sebanyak 241 juta ekor dengan nilai sebanyak RM373 juta dan 21% daripadanya adalah bagi tujuan eksport. Turut hadir sama, YBhg. Dato’ Chew Seng Lye, Pengerusi Chew Thean Yeang Aquarium Sdn. Bhd, Encik Ronnie Chew, Penasihat Program CTY Guppy Group (MCCG) serta pegawai- pegawai perikanan ibu pejabat dan negeri.

FishComm Hotline