Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Ministry of Agriculture and Food Security Aidiladha Session 2024

YBrs. Tuan Haji Bohari Bin Haji Leng, Deputy Director General of Fisheries (Development) was present around the sacrifice program located at Wisma Tani with members of the Malaysian Fisheries Department who also volunteered in the program. May all worship and sacrifices be accepted by Allah SWT and give good to all. Also present to enliven the program were YB Mohammad Bin Sabu, Minister of Agriculture and Food Security, Datuk Lokman Hakim Bin Ali, Secretary General of the Ministry of Agriculture and Food Security, Datuk Badrul Hisham Bin Mohd, Deputy Secretary General (Development) of the Ministry of Agriculture and Food Security and ministry staff and department

Program Korban Perdana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Tahun 2024

YBrs. Tuan Haji Bohari Bin Haji Leng, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) hadir di sekitar program korban yang bertempat di pekarangan Wisma Tani bersama warga Jabatan Perikanan Malaysia yang turut menjadi sukarelawan di program tersebut. Semoga segala ibadah dan korban yang dilakukan diterima oleh Allah SWT dan memberi kebaikan kepada semua. Turut hadir bagi memeriahkan program YB Mohammad Bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Lokman Hakim Bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Badrul Hisham Bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta kakitangan kementerian dan jabatan.

Pre-Retirement Program, Department of Fisheries Malaysia

A total of 27 staff members from various states have attended the Pre-Retirement Program which was held in Cameron Highlands, Pahang from 11 to 13 June 2024. The program participants are from staff who will retire in 2025. This Pre-Retirement Program is designed as a preparatory step for citizens the work of those who are about to retire to build an excellent retirement and focus on three main aspects, namely, mental, physical and financial preparation before and after retirement in addition to providing a platform for future retirees (mandatory/optional) to obtain accurate information on the provision of information and retirement documents as well as retirement benefits, medical benefits and issue benefits that are eligible to be received/claimed after retirement.

Program Pra Persaraan, Jabatan Perikanan Malaysia

Seramai 27 orang kakitangan dari pelbagai negeri telah mengikuti Program Pra Persaraan yang telah diadakan di Cameron Highlands, Pahang dari 11 hingga 13 Jun 2024. Peserta program terbabit adalah dari kakitangan yang akan bersara pada tahun 2025. Program Pra Persaraan ini direkabentuk sebagai langkah persediaan untuk warga kerja yang bakal bersara bagi membina persaraan yang cemerlang dan memfokuskan kepada tiga aspek utama, iaitu, persediaan mental, fisikal dan kewangan sebelum dan selepas persaraan selain menyediakan platform kepada bakal pesara (wajib/pilihan) untuk mendapatkan informasi yang tepat mengenai penyediaan maklumat dan dokumen persaraan serta faedah persaraan, faedah perubatan dan faedah terbitan yang layak diterima/dituntut setelah bersara kelak.

MAHA 2024 Celebrates 100 Years

The Agriculture, Horticulture and Agro-Tourism (MAHA) Exhibition 2024, which will be held from 11 to 22 September 2024 at MAEPS, Serdang, is a special edition of MAHA 2024 in conjunction with celebrating its 100th anniversary. With this year’s MAHA theme, “Harvesting Tomorrow Where Dreams Blossom” or in the language of “Reaping Hope Building the Future”, this theme means to achieve a more advanced and innovative agricultural future. MAHA 2024 will see the biggest showcase of new technologies, modernisation and smart agriculture as well as green solutions that will define the new direction of Malaysia’s agricultural sector. Among the technologies that will be emphasized at MAHA this time for the fisheries sector is the introduction of modern aquaculture technology that can improve the yield and quality of fishery products. The target for this year’s MAHA is to attract three (3) million visitors during the exhibition period. The MAHA 2024 Launch Ceremony was launched today by the Minister of Agriculture and Food Security, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu. Also present at the ceremony were the Senior Director of the Aquaculture Division of the Department of Fisheries Malaysia, and the staff of the Department of Fisheries Malaysia.

MAHA 2024 Meraikan 100 Tahun Penganjuran

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang akan diadakan pada 11 hingga 22 September 2024 di MAEPS, Serdang, merupakan MAHA edisi khas 2024 sempena meraikan 100 tahun penganjuran. Dengan tema MAHA pada tahun ini, “Harvesting Tomorrow Where Dreams Blossom” atau dalam bahasa “Menuai Harapan Membina Masa Hadapan”, tema ini membawa maksud bagi meraih masa depan pertanian yang lebih maju dan inovatif. MAHA 2024 akan menyaksikan pameran terbesar teknologi baharu, pemodenan dan pertanian pintar serta solusi hijau yang akan menentukan arah baru sektor agrikultur Malaysia. Antara teknologi yang akan diberi penekanan pada MAHA kali ini bagi sektor perikanan ialah memperkenalkan teknologi akuakultur moden yang dapat meningkatkan hasil dan kualiti produk perikanan. Sasaran penganjuran MAHA pada tahun ini ialah sebanyak tiga (3) juta pengunjung sepanjang tempoh pameran. Majlis Peluncuran MAHA 2024 hari ini dilancarkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu. Turut hadir dalam majlis ini Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur Jabatan Perikanan Malaysia, dan Kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.

Selangor Fisheries Department Focuses on Conservation of Inland Fisheries Resources

The Selangor State Fisheries Department continues the Inland Fisheries Resource Conservation Programme series II by focusing on hunting for foreign fish with the community to curb the flood of invasive foreign fish populations that have affected native fish species in the country’s aquatic ecosystem. The program, which was held at the National River Trail, Hulu Langat, was officiated by the Selangor State Exco for Infrastructure and Agriculture, Yang Berhormat Tuan Ir. Izham Bin Hashim. The catch of 737 kg of city fish in today’s program was successfully increased. The programme also received cooperation from the City Fish Hunter Community (KPIB), Selangor State Department of Irrigation & Drainage, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM). Malaysian Defence Force (APM), Syarikat Air Selangor and Selangor Water Management Authority (LUAS). At the same programme, there was also an activity to release 10,000 thousand river lampam fish fry into Sungai Langat. The Department also donated equipment to KPIB in the form of fishing nets, hanging scales and gloves for community use while hunting foreign fish. Also present in this program were Mrs. Noraisyah binti Abu Bakar, Director of Selangor State Fisheries and staff of the Selangor State Fisheries Office.

Jabatan Perikanan Selangor Tumpu Pemuliharaan Sumber Perikanan Darat

Jabatan Perikanan Negeri Selangor meneruskan Program Pemuliharaan Sumber Perikanan Darat siri II dengan memfokuskan aktiviti memburu ikan asing bersama komuniti bagi mengekang kebanjiran populasi ikan asing invasif yang telah menjejaskan spesies ikan asli dalam ekosistem perairan negara. Program yang diadakan di Denai Sungai Kebangsaan, Hulu Langat ini telah rasmikan Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Yang Berhormat Tuan Ir. Izham Bin Hashim. Hasil tangkapan pada program hari ni sebanyak 737 kg ikan bandaraya berjaya dinaikkan. Program ini juga mendapat kerjasama daripada Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya (KPIB), Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM). Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Syarikat Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Pada program yang sama, turut diadakan aktiviti pelepasan 10,000 ribu ekor benih ikan lampam sungai ke Sungai Langat. Pihak Jabatan juga turut menyumbang peralatan kepada KPIB berupa jala tangsi, penimbang gantung dan sarung tangan bagi kegunaan komuniti semasa memburu ikan asing. Turut hadir sama dalam program ini Puan Noraisyah binti Abu Bakar, Pengarah Perikanan Negeri Selangor dan kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Selangor.

24 Graduan Menerima Sijil Perikanan Pada Majlis Konvokesyen Pertanian Kali Ke-12 Tahun 2024

Majlis Konvokesyen Pertanian Kali Ke-12 Tahun 2024 telah berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC) yang bertemakan TVET: Perantis Sekuriti Agromakanan Negara. Seramai 982 graduan Diploma Kemahiran Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Pertanian, Sijil Veterinar Malaysia dan Sijil Perikanan dalam pelbagai bidang telah menerima diploma dan sijil. Dalam majlis ini turut disampaikan Anugerah Khas – Pingat Emas Menteri kepada graduan selain 7 lagi Anugerah Khas yang lain. Bagi sub sektor perikanan seramai 24 orang graduan Sijil Perikanan telah menamatkan pengajian di Akademi Perikanan Malaysia dengan Jayanya. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Hadir sama dalam majlis ini, YBhg Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, dan Puan Shamila binti Zainol, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan. Anugerah Khas Ketua Pengarah Perikanan Tahun 2022 ( Najiha binti saki @ Marzuki ) Tahniah diucapkan kepada semua graduan!

24 Graduates Receive Fisheries Certificate At The 12th Agriculture Convocation Ceremony 2024

The 12th Agricultural Convocation Ceremony 2024 was held at Putrajaya International Convention Centre (PICC) with the theme TVET: National Agrofood Security Apprentices. 982 graduates of the Malaysian Skills Diploma, Malaysian Skills Certificate, Agriculture Certificate, Malaysian Veterinary Certificate and Fisheries Certificate in various fields have received diplomas and certificates. In this ceremony, the Minister’s Special Award – Gold Medal was also presented to the graduates in addition to 7 other Special Awards. For the fisheries sub-sector, a total of 24 Fisheries Certificate graduates have successfully graduated from the Malaysian Fisheries Academy. The ceremony was officiated by YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Deputy Minister of Agriculture and Food Security. Also present at the ceremony were YBhg Dato’ Adnan bin Hussain, Director General of the Department of Fisheries Malaysia, and Mrs. Shamila binti Zainol, Director of Human Capital Development Division. Director General of Fisheries Special Award 2022 ( Najiha binti saki @ Marzuki ) Congratulations to all graduates!

FishComm Hotline