Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Courtesy visit from the Public Service Department

The Department of Fisheries Malaysia has received a courtesy visit from YBrs. Dr. Nor Azlin Mohammad Shamsudin and representatives from the Salaries and Allowances Division (BGE) of the PSD at the Malaysian Fisheries Department, Wisma Tani today in an effort to realize the implementation of the PSD’s Civil Uplift Village Program. Among the matters discussed include various proposed projects and the filling of the MADANI Lift Village by JPA, including initial proposals to advance agrotourism related to the fishing sector through myKP Pulau Aman. This discussion was chaired by YBhg Dato’ Adnan Bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia and attended by fisheries officials.

Kunjungan Hormat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam

Jabatan Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Dr. Nor Azlin Mohammad Shamsudin dan wakil-wakil dari Bahagian Gaji dan Elaun (BGE) JPA di Jabatan Perikanan Malaysia, Wisma Tani hari ini dalam usaha untuk merealisasikan pelaksanaan Program Kampung Angkat Madani JPA. Antara perkara-perkara yang dibincangkan meliputi pelbagai projek cadangan dan pengisian Kampung Angkat MADANI oleh JPA termasuklah cadangan awal untuk memajukan agrotourisme berkaitan sektor perikanan melalui myKP Pulau Aman. Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Adnan Bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta dihadiri pegawai-pegawai perikanan.

KPS Semilang Vi Ship Handover and Acceptance Ceremony (P306)

The ceremony completed by YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia took place at the Kuala Kedah Fisheries Conservation and Protection Base this morning. The KPS Semilang vessel (P306) is an asset of the Malaysian Fisheries Department that was upgraded under the 12th RM project. Upgraded components include the replacement of new engines, gensets and maintenance of the interior and exterior of the ship. To ensure that P306 is upgraded and can perform its functions to an optimal level, Syarikat Asia Slipway & Engineering Sdn. Bhd located in Kuala Kedah has been entrusted with this task. Also present to make the program successful, Senior Director of Engineering Division, Haji Abdul Halim Bin Marzuki, Senior Deputy Director of Conservation and Fisheries Protection Division, Mr. Sukri bin Deris, Managing Director of Asia Slipway & Engineering Sdn. Bhd, YBrs. Mr. Abdul Ghafar Bin Samat, as well as staff from the Malaysian Fisheries Department.

Majlis Penyerahan Dan Penerimaan Kapal Kps Semilang Vi (P306)

Majlis yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia berlangsung di Pangkalan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Kuala Kedah pada pagi ini. Kapal KPS Semilang (P306) adalah merupakan aset Jabatan Perikanan Malaysia yang dinaiktaraf di bawah projek RMKe-12. Komponen yang dinaiktaraf meliputi penggantian enjin baharu, genset dan penyelenggaraan bahagian dalaman serta luaran kapal. Untuk memastikan P306 dinaiktaraf dan boleh menjalankan fungsinya ke tahap optimum, Syarikat Asia Slipway & Engineering Sdn. Bhd yang bertempat di Kuala Kedah telah diberi kepercayaan untuk tugasan ini. Turut hadir menjayakan program, Pengarah Kanan Bahagian Kejuruteraan, Haji Abdul Halim Bin Marzuki, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, En. Sukri bin Deris, Pengarah Urusan Syarikat Asia Slipway & Engineering Sdn. Bhd, YBrs. En. Abdul Ghafar Bin Samat, serta kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.

Agricultural Census 2024

Festive celebration at the 2024 Agricultural Census Reruai in conjunction with the myAP & myKP Carnival North Zone Level 2024, 1 & 2 June 2024 Organized by the Department of Fisheries Malaysia (DOF) located at Mydin Mall, Bukit Mertajam, Penang Come on, make the Agricultural Census 2024 a success: Unraveling the keys to agricultural progress.

Banci Pertanian 2024

Sambuatan meriah di Reruai Banci Pertanian 2024 Sempena Karnival myAP & myKP Peringkat Zon Utara Tahun 2024,1 & 2 Jun 2024 Anjuran Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) bertempat di Mydin Mall, Bukit Mertajam, Pulau Pinang Ayuh, jayakan Banci Pertanian 2024: Merungkai kunci kemajuan pertanian.

Myagropreneur Fishing Carnival Program (Myap) & Fishing Mycommunity (Mykp) Northern Zone Year 2024

The myAgropreneur Fisheries Carnival Program (myAP) & myKomuniti Perikanan North Zone 2024 was officiated by YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia this morning. This carnival aims to help local entrepreneurs especially in the fishing sector to promote their products by making this carnival a platform to promote products to visitors, in addition to finding agents, distributors or stockists. A total of 18 entrepreneurs under the guidance of the Malaysian Fisheries Department from three states namely Perlis, Kedah and Penang have brought products such as lekor crackers, anchovy crisp sambal, tuna-based laksa, fried squid and others. YBhg. Dato’ Adnan also had the opportunity to present a check for the assistance of the Development Delivery and Support Service System (SpeKS) for development and aquaculture with a total of RM829,310 to the three states. Also handed over was a check for assistance from the Aquaculture Integration Program (PPIA) worth RM1.08 million to Penang aquaculture farmers. Also present to make the program successful, the Senior Director of the Fisheries Research Institute, Dr. Azhar bin Hamzah, Director of Fisheries Development Division, Puan Khazlita Adzim Abdol Aziz and Penang State Fisheries Director, Miss Zarina Zainuddin. Perlis State Fisheries Director, Mr. Mohammed Roshaizat bin Mustaffa, Director of Policy and Strategic Planning Division, Mr. Nazri bin Ishak and the staff of the Malaysian Fisheries Department.

Program Karnival Myagropreneur Perikanan (Myap) & Mykomuniti Perikanan (Mykp) Zon Utara Tahun 2024

Program Karnival myAgropreneur Perikanan (myAP) & myKomuniti Perikanan Zon Utara 2024 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia pada pagi ini. Karnival ini bertujuan untuk membantu usahawan tempatan khasnya dalam sektor perikanan untuk mempromosikan produk mereka dengan menjadikan karnival ini platform untuk mempromosikan produk kepada pengunjung, selain mencari ejen, pengedar atau stokis. Seramai 18 orang usahawan bimbingan Jabatan Perikanan Malaysia yang terdiri dari pada tiga buah negeri iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang telah membawa produk seperti keropok lekor, sambal garing ikan bilis, laksa berasaskan ikan tuna, sotong goreng dan lain lain. YBhg. Dato’ Adnan juga berkesempatan untuk menyampaikan cek cura bantuan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Pengembangan (SpeKS) pengembangan dan akuakultur dengan jumlah keseluruhan RM829,310 kepada tiga negeri tersebut. Turut diserahkan adalah cek cura bantuan Program Bantuan Integrasi Akuakultur (PPIA) bernilai RM1.08 juta kepada penternak akuakultur Pulau Pinang. Turut hadir menjayakan program, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan, Dr. Azhar bin Hamzah, Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan, Puan Khazlita Adzim Abdol Aziz dan Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang, Cik Zarina Zainuddin. Pengarah Perikanan Negeri Perlis, En. Mohammed Roshaizat bin Mustaffa, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, En. Nazri bin Ishak serta kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.

Staff Strengthening Programme : Basic Infographic and Videographic Based on Artificial Intelligence (AI) Northern Zone Level 2024

The Department of Fisheries Malaysia through the Fisheries Development Division, Headquarters and Kedah Fisheries Office has implemented the Staff Strengthening Programme : Basic Infographic and Videographic Based on Artificial Intelligence (AI) Northern Zone Level 2024 at INTAN Northern Territory Campus (INTURA), Sungai Petani, Kedah. This program aims to strengthen the skills of the department’s staff in the preparation of infographics, animated info and videographics, as well as exposure to the field of Artificial Intelligence (AI) to produce a work in line with the development of technology. Participants were exposed to the use of apps such as Canva, CapCut, MidJourney, Ideogram, Sonu and ChatGPT. This program was implemented in collaboration with instructors from the Department of Information Malaysia and the Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)- UPM, Serdang as well as the cooperation of INTAN Northern Territory Campus (INTURA) in the provision of facilities and infrastructure.

Program Pengukuhan Kakitangan : Asas Infografik dan Videografik BerasaskanArtificial Intelligence (AI) Peringkat Zon Utara Tahun 2024

Jabatan Perikanan Malaysia melalui Bahagian Pengembangan Perikanan, Ibu pejabat dan Pejabat Perikanan Negeri Kedah telah melaksanakan Program Pengukuhan Kakitangan : Asas Infografik dan Videografik Berasaskan Artificial Intelligence (AI) Peringkat Zon Utara Tahun 2024 di INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA), Sungai Petani, Negeri Kedah. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran kakitangan jabatan dalam penyediaan infografik, info animasi dan videografik, di samping pendedahan kepada bidang Artificial Intelligence (AI) bagi menghasilkan sesuatu karya seiring dengan perkembangan teknologi. Peserta telah didedahkan dengan penggunaan aplikasi seperti Canva, CapCut, MidJourney, Ideogram, Sonu dan ChatGPT. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama tenaga pengajar daripada Jabatan Penerangan Malaysia dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)- UPM, Serdang serta kerjasama daripada INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) dalam penyediaan kemudahan dan infrastruktur.

FishComm Hotline