Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Conservation Imitation Reef Program In Terengganu State Waters

The Department of Fisheries Malaysia (DOF) has successfully launched a conservation artificial reef docking programme in the waters of the state of Terengganu which was officiated by YB Dr. Azman Ibrahim, Chairman of the Committee on Agriculture, Food Industry, Plantations, Commodities and Rural Development. A total of 12 units of artificial reefs of the cuboid type juvenile tow trawler were docked in the waters of Pulau Kapas Marine Park and the waters of Pulau Redang for conservation purposes worth RM400,000. The state of Terengganu receives an allocation for the development of artificial reefs under the DOF every year along the 11th to 12th MP (2021 to 2025) amounting to RM11.28 million. Meanwhile, for the period 2021 to 2024, a total of 46 reef units were docked at six locations in the state of Terengganu with an allocation of RM 1.357 million. This program is also one of the long-term efforts and the Department of Fisheries’ move with the state government in conserving and enhancing marine fisheries resources can benefit 8,309 fishermen in the state of Terengganu as well as curb fishing activities using non-resource-friendly equipment in coastal waters. Also present at the event was Encik Ruzaidi bin Mamat, Director of Fisheries Terengganu, Encik Azlan bin Md Nor Head of Ecosystem Conservation and Biodiversity Branch and state fisheries officers.

Program Melabuh Tukun Tiruan Konservasi Di Perairan Negeri Terengganu

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menjayakan program melabuh tukun tiruan konservasi di perairan negeri Terengganu yang disempurnakan oleh YB Dr. Azman Ibrahim , Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar. Sebanyak 12 unit tukun tiruan jenis kuboid juvenil penghalang pukat tunda dilabuhkan di perairan Taman Laut Pulau Kapas dan perairan Pulau Redang bagi tujuan konservasi bernilai RM400,000. Negeri Terengganu menerima peruntukan untuk pembangunan tukun tiruan dibawah DOF pada setiap tahun di sepanjang RMKe-11 hingga RMKe-12 (2021 hingga 2025) berjumlah RM11.28 juta. Manakala, bagi tempoh 2021 hingga 2024, sebanyak 46 unit tukun telah dilabuhkan di enam lokasi di negeri Terengganu dengan peruntukan sejumlah RM 1.357 juta. Program ini juga merupakan salah satu usaha jangka masa panjang dan langkah Jabatan Perikanan bersama kerajaan negeri dalam memulihara serta meningkatkan sumber perikanan marin seterusnya dapat memberi manfaat kepada 8,309 orang nelayan di negeri Terengganu serta dapat mengekang aktiviti penangkapan ikan menggunakan peralatan tidak mesra sumber di kawasan perairan pantai. Turut hadir sama dalam menjayakan program ini Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Encik Azlan bin Md Nor, Ketua Cawangan Konservasi Ekosistem dan Biodiversiti serta pegawai-pegawai perikanan negeri.

Program National Forum on Community-Based Marine Resource Management

The Department of Fisheries Malaysia (DOF) in collaboration with the World Wildlife Fund (WWF) Malaysia has organised a National Forum on Community-Based Marine Resource Management program on 27 May 2024. The one-day programme, aims to foster synergies and collaboration among stakeholders towards coastal and marine conservation and conservation in Malaysia. This program is targeted at stakeholders namely federal/state government agencies, NGOs, research centres and others involved in marine conservation. Together this is attached program information as a master reference. Also present were YBrs Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah Deputy Director General (Management) of Fisheries Malaysia and officers of the Department of Fisheries.

Program National Forum on Community-Based Marine Resource Management

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dengan kerjasama World Wildlife Fund (WWF) Malaysia telah menganjurkan program National Forum on Community-Based Marine Resource Management pada 27 Mei 2024. Program yang berlangsung selama satu hari ini, bertujuan untuk memupuk sinergi dan kerjasama di kalangan pihak berkepentingan ke arah konservasi dan pemuliharaan pantai dan marin di Malaysia. Program ini disasarkan kepada pihak berkepentingan iaitu agensi kerajaan persekutuan/negeri, NGO, pusat penyelidikan dan lain-lain yang terlibat dalam konservasi marin. Bersama-sama ini dilampirkan maklumat program sebagai rujukan tuan. Hadir sama YBrs Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Perikanan Malaysia dan pegawai -pegawai Jabatan Perikanan.

DOF Collaborate on Foreign Fish Species

The Department of Fisheries Malaysia (DOF) in collaboration with Aquaria KLCC organized a foreign fish hunting programme in Sungai Kuyoh, Bukit Jalil with the involvement of 200 participants comprising government and private agencies, urban fish hunting community clubs, local residents as well as public institutes of higher learning (IPTA). The foreign fish hunting program was held as one of the efforts of DOF and the community to jointly prevent the population of invasive foreign fish species from continuing to flood the general waters and thus affecting the native fish species in the ecosystem of the country’s waters. “To be precise, the presence of foreign species such as urban fish or pleco in the country’s public waters is a concern of various parties. DOF is actively enhancing public awareness programmes for target groups to clarify the long-term impact if foreign fish are released arbitrarily into public waters. DOF is pleased with the cooperation received from Aquaria KLCC, City Fish Hunter Community, Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) and Malaysia Stadium Corporation, Bukit Jalil in a joint effort to reduce foreign fish species in Sungai Kuyoh,” Director General of the Department of Fisheries Malaysia, Dato’ Adnan bin Hussain. Aquaria KLCC as a strategic partner for this program also helps the department provide exposure and education on the dangers of foreign fish in the ecosystem and educate effective solutions to address this problem through the Alien Invaders campaign, an exhibition of several foreign fish species at Aquaria KLCC which started from April to June 2024. Executive Director of Aquawalk Sdn. Bhd., Daryl Foong said it takes the invasive alien species that have inhabited the country’s waters seriously. Joint efforts of the corporate sector through detection, monitoring and awareness programmes are needed to ensure that the objective of protecting the ecosystem of the waters is achieved.

DOF Jalin Kerjasama Tangani Spesies Ikan Asing

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dengan kerjasama Aquaria KLCC menganjurkan program memburu ikan asing di Sungai Kuyoh, Bukit Jalil dengan penglibatan 200 orang peserta terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, kelab komuniti pemburu ikan bandaraya, penduduk setempat serta institut pengajian tinggi awam (IPTA). Program memburu ikan asing ini diadakan sebagai salah satu usaha DOF dan komuniti bagi bersama-sama mengekang populasi spesies ikan asing invasif dari terus membanjiri perairan umum seterusnya menjejaskan spesies ikan asli dalam ekosistem perairan negara. “Mutakhir ini, kehadiran spesies asing seperti ikan bandaraya atau pleco di perairan umum negara menjadi perhatian pelbagai pihak. DOF giat mempertingkatkan program kesedaran awam kepada golongan sasar bagi memperjelas kesan jangka masa panjang sekiranya ikan asing dilepaskan sewenang-wenangnya ke perairan umum. DOF amat berbesar hati dengan kerjasama yang diterima dari pihak Aquaria KLCC, Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya, Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Perbadanan Stadium Malaysia, Bukit Jalil dalam usaha sama mengurangkan spesies ikan asing di Sungai Kuyoh ini,” Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Dato’ Adnan bin Hussain. Aquaria KLCC sebagai rakan strategik bagi program ini juga turut membantu jabatan memberi pendedahan dan pendidikan mengenai bahaya ikan asing dalam ekosistem dan mendidik solusi yang efektif untuk menangani masalah ini melalui kempen Alien Invaders iaitu pameran beberapa spesies ikan asing di Aquaria KLCC yang telah bermula pada April sehingga Jun 2024. Pengarah Eksekutif Aquawalk Sdn. Bhd, Daryl Foong berkata pihaknya memandang serius mengenai spesies asing invasif yang telah mendiami perairan negara. Usaha bersama sektor korporat melalui program pengesanan, pemantauan dan kesedaran diperlukan bagi memastikan objektif melindungi ekosistem perairan tercapai.

Honorable Visit of the Delegation (KPKM) with IPSOS Sdn Bhd

The Director General of Fisheries, Dato’ Adnan Hussain was pleased to receive a courtesy visit from the Ministry of Agriculture and Food Security (KPKM) delegation together with the consulting company, IPSOS Sdn Bhd. on 23 May 2024 at the Fisheries Department Headquarters, Putrajaya. This session was held to discuss strategic proposals and initiatives related to the fisheries in the National Food Security Blueprint Study. Also present in this visit session were Mr. Shahril Faizal bin Abdul Jani, Secretary of Policy and Strategic Planning Division (DPS), KPKM and Mr. Ganesan A/L Periakarruppan, Principal of IPSOS Strategy3 (Malaysia).

Kunjungan Hormat Delegasi (KPKM) bersama IPSOS Sdn Bhd

Ketua Pengarah Perikanan, Dato’ Adnan Hussain berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama syarikat perunding, IPSOS Sdn Bhd. pada 23 Mei 2024 di Ibu Pejabat Jabatan Perikanan, Putrajaya. Sesi ini diadakan bagi membincangkan cadangan strategik dan inisiatif berkaitan sektor perikanan dalam Kajian Blueprint Sekuriti Makanan Negara. Hadir sama dalam sesi kunjungan ini adalah Encik Shahril Faizal bin Abdul Jani, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (DPS), KPKM serta Encik Ganesan A/L Periakarruppan, Prinsipal IPSOS Strategy3 (Malaysia).

Honorable Visit of the Director General of Fisheries Malaysia to the Headquarters of the Integrity Commission of the Enforcement Agency

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia held a Visiting Session to the Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) Headquarters and the arrival was welcomed by Tuan Mohd Asnawi bin Hanipah, EAIC Operations Division Director. This Honorable Visit was held to establish cooperation and strengthen the relationship between the DOF and the EAIC and exchange views to ensure that the direction of strengthening the integrity of enforcement activities under the jurisdiction of the Fisheries Act 1985 is always on the right track. He said, this department is always open and provides good cooperation in channeling information and feedback for any complaints received and investigations carried out by the EAIC. He said, the Malaysian Fisheries Department is one of the 21 enforcement agencies under EAIC’s supervision. Also present were Mr. Mohamed Rizal bin Mustapha, Director of the Management Services Division, Mrs. Haliza binti Sulaiman, Head of the Integrity Unit and Mr. Anuar Salam Sulaiman, Head of the Licensing Branch and officers from the department and EAIC.

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah mengadakan Sesi Kunjungan Hormat ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan ketibaan disambut oleh Tuan Mohd Asnawi bin Hanipah, Pengarah Bahagian Operasi EAIC. Kunjungan Hormat ini diadakan bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dan mengukuhkan perhubungan di antara DOF dengan pihak EAIC dan saling bertukar pandangan bagi memastikan halatuju pemantapan integriti aktiviti penguatkuasaan di bawah bidang kuasa Akta Perikanan 1985 sentiasa berada di landasan yang betul. Beliau berkata, jabatan ini sentiasa terbuka dan memberi kerjasama yang baik bagi menyalurkan maklumat dan maklumbalas bagi sebarang aduan yang diterima dan siasatan yang dilaksanakan oleh pihak EAIC. Ujarnya lagi, Jabatan Perikanan Malaysia merupakan salah satu agensi daripada 21 agensi penguatkuasaan dibawah seliaan EAIC. Turut hadir, Encik Mohamed Rizal bin Mustapha, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Haliza binti Sulaiman, Ketua Unit Integriti dan Encik Anuar Salam Sulaiman, Ketua Cawangan Pelesenan dan pegawai-pegawai dari jabatan dan EAIC.

FishComm Hotline