Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Courtesy Visit by Charoen Pokphand Foods Company (CPF) to YBhg. Dato’ Director General of Fisheries Malaysia.

Ybhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia received a courtesy visit from Charoen Pokphand Foods (CPF) led by Mr. Wirat Pothipan. CPF is an agro-industrial and food conglomerate based in Thailand. CPF has been operating in Malaysia for 50 years. The three main sectors that are given priority are Agro Business, Aqua Business and Swine Business. The value of investments in Malaysia at the moment:1) Agro Business : 170 Million USD2) Aqua Business : 132 Million USD3) Swine Business : 41 Million USD The purpose of this courtesy visit was to share on the latest aquaculture farming technology used in livestock farms and the spread of disease to prawns. Ybhg. Dato’ Director General of Fisheries Malaysia appreciates the arrival of the CPF and looks forward to working together in ensuring the nation’s food security. Also present were Puan Yeo Moi Eim, Senior Director of Biosecurity Division, Encik Roslan bin Abu Hassan, Head of Fish and Public Health Branch and Department Officers.

Kunjungan Hormat oleh Syarikat Charoen Pokphand Foods (CPF) Kepada YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat dari syarikat Charoen Pokphand Foods (CPF) yang diketuai oleh Mr. Wirat Pothipan. CPF merupakan sebuah konglomerat agroindustri dan makanan yang berpangkalan di Thailand. CPF telah beroperasi di Malaysia selama 50 tahun. Tiga sektor utama yang diberikan keutamaan iaitu Agro Business, Aqua Business dan Swine Business. Nilai pelaburan di Malaysia ketika ini:1) Agro Business : 170 Million USD2) Aqua Business : 132 Million USD3) Swine Business : 41 Million USD Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk berkongsi tentang teknologi ternakan akuakultur terkini yang digunakan di ladang ternakan yang telah dijalankan dan penularan penyakit terhadap udang. YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Perikanan Malaysia menghargai kedatangan pihak CPF dan berharap dapat menjalin kerjasama dalam menjamin sekuriti makanan negara. Turut hadir, Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti, Encik Roslan bin Abu Hassan, Ketua Cawangan Kesihatan Ikan dan Awam dan Pegawai-pegawai jabatan.

Workshop on Finalizing Proposed Amendments to Fisheries Act 1985 (Act 317)

Ybhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia officiated the closing of the Workshop on Finalizing the Proposed Amendments to the Fisheries Act 1985 (Act 317) which was held for two days from 20 May 2024 to 21 May 2024. He said in line with the current needs and development of the fishing industry at the national and international levels, Act 317 should be strengthened to address various issues and fisheries management measures implemented holistically. For information, the two-day workshop is important to finalize the amendment matrix before it is submitted to the Attorney General’s Chambers (AGC) through the Ministry of Agriculture and Food Security (KPKM) in early June. Also present, YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Deputy Director General of Fisheries (Management), YBrs. Dr. Azhar bin Hamzah, Senior Director of Batu Maung Fisheries Research Institute, En. Nazri bin Ishak, Director of Policy and Strategic Planning and officers of the Department of Fisheries Malaysia.

Bengkel Memuktamadkan Cadangan Pindaan Akta Perikanan 1985 (Akta 317)

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah merasmikan penutup Bengkel Memuktamadkan Cadangan Pindaan Akta Perikanan 1985 (Akta 317) yang telah berlangsung selama dua hari pada 20 Mei 2024 hingga 21 Mei 2024. Beliau berkata sejajar dengan keperluan dan perkembangan semasa industri perikanan di peringkat nasional dan antarabangsa, Akta 317 perlu diperkasakan bagi menangani pelbagai isu dan langkah-langkah pengurusan perikanan dilaksanakan secara holistik. Untuk makluman Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini adalah penting untuk memuktamadkan matriks pindaan sebelum dikemukakan ke pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada awal Jun ini. Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), YBrs. Dr. Azhar bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung, En. Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagaian Dasar dan Perancangan Strategik dan pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Malaysia.

Workshop on Finalizing Proposed Amendments to Fisheries Act 1985 (Act 317).

The Department of Fisheries Malaysia (DOF) is implementing the Amendment of Act 1985 in a comprehensive and detailed manner starting from 2020 onwards. The amendment process has passed several approval platforms at the Department, Ministry and Cabinet levels. This amendment is important to enable the department to respond to the European Union (EU) in relation to the European Commission (EC) audit on Illegal, Unreported, Unregulated (IUU) fishing which was held in 2017. The two-day workshop was important to finalize the amendment matrix before it was submitted to the Attorney General’s Chambers (AGC) through the Ministry of Agriculture and Food Security (KPKM) in early June. Also present were representatives from the Policy and Strategic Planning Division of KPKM, Food Security Division of KPKM, Legal Office of KPKM and DOF, Division Directors, Directors of Fisheries Research Institute, State Directors and staff of the Department of Fisheries Malaysia to make a success of this act.

Bengkel Memuktamadkan Cadangan Pindaan Akta Perikanan 1985 (Akta 317).

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) sedang melaksanakan Pindaan Akta 1985 secara menyeluruh dan terperinci bermula sejak tahun 2020. Proses pindaan ini telah melepasi beberapa platform kelulusan di peringkat Jabatan, Kementerian dan Jemaah Menteri. Pindaan ini adalah penting untuk membolehkan pihak jabatan maklum balas kepada Kesatuan Eropah (EU) berhubung dengan audit pihak European Commission (EC) berkaitan Illegal, Unreported, Unregulated (IUU) fishing yang telah diadakan pada tahun 2017. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini adalah penting untuk memuktamadkan matriks pindaan sebelum dikemukakan ke pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada awal Jun ini. Turut hadir adalah wakil daripada Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KPKM, Bahagian Sekuriti Makanan KPKM, Pejabat Undang-Undang KPKM dan DOF, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan, Pengarah-Pengarah Negeri dan juga kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia bagi menjayakan pindaan akta ini.

Fisheries Sector Climate Change Action Draft Review Workshop

As an effort to address the effects of climate change as well as to ensure the increase in productivity and sustainability of the country’s agro-food sector, the Ministry of Agriculture and Food Security (MOH) under the Madani Economic Initiative Fund will develop the Fisheries Sector Climate Change Action Plan as a guide to the government, industry, community and stakeholders in facing the challenges of climate change holistically. For this purpose, the Department of Fisheries Malaysia (DOF) together with the Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) as the implementing agency of the Madani Economic Initiative has developed a draft for the comprehensive Fisheries Sector Climate Change Strategy and Action Plan discussed this morning. Also present today were representatives from the Climate Change Division, Ministry of Natural Resources and Nature Sustainability (NRES), the Ministry of Agriculture and Food Security (KPKM), the Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI), the Fisheries Development Authority of Malaysia (LKIM), the National Water Research Institute of Malaysia (NAHRIM), Universitu Malaysia Terengganu (UMT), The National University of Malaysia (UKM) and the staff of the Department of Fisheries Malaysia to make this plan a success.

Bengkel Semakan Draf Tindakan Perubahan Iklim Sektor Perikanan

Sebagai usaha dalam menangani kesan perubahan iklim serta memastikan peningkatan produktiviti dan kelestarian sektor agromakanan negara, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di bawah Dana Inisiatif Ekonomi Madani akan membangunkan Pelan Tindakan Perubahan Iklim Sektor Perikanan sebagai panduan kepada pihak kerajaan, industri, komuniti serta pihak berkepentingan dalam menghadapi cabaran perubahan iklim secara holistik. Bagi maksud tersebut, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) bersama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) selaku agensi pelaksana Inisiatif Ekonomi Madani telah membangunkan draf bagi Strategi dan Pelan Tindakan Perubahan Iklim Sektor Perikanan secara komprehensif yang dibincangkan pada pagi ini. Turut hadir pada hari ini wakil daripada Bahagian Perubahan Iklim, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Universitu Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan juga kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia bagi menjayakan pembangunan pelan ini.

Department of Marine Fisheries Sarawak (JPLS) Shooting Skills Training and Test Program 2024.

This programme aims to further enhance the skills and competencies of all officers and personnel in the handling and use of firearms. A total of 40 JPLS enforcement personnel participated in this program. The programme was officiated by YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain Director General of Fisheries Malaysia at Lapang Sasar Police Headquarters Kontijen Batu Kawa, Sarawak. Prior to that, he and all law enforcement personnel were briefed on the safety and use of weapons by Sergeant Najep Haji Muldan from the PDRM. Also present at the ceremony were Puan Liza binti Haji Long, Deputy Director of Marine Fisheries Sarawak, Tuan Jamil bin Musel, Director of Bintawa Fisheries Research Institute, Sarawak, Mr. Dokaner Kasto Anak Muning, Head of the Fisheries Conservation and Protection Branch of JPLS as well as officers and staff.

Program Latihan Dan Ujian Kemahiran Menembak Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) 2024.

Program ini bertujuan mempertingkatkan lagi kemahiran dan kecekapan semua pegawai dan anggota dalam pengendalian dan penggunaan senjata api. Seramai 40 orang anggota penguatkuasa JPLS telah menyertai program ini. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Kontijen Batu Kawa, Sarawak. Sebelum itu beliau dan semua anggota penguatkuasa diberi taklimat keselamatan dan penggunaan senjata oleh Sarjan Najep Haji Muldan dari anggota PDRM. Turut hadir dalam majlis ini ialah Puan Liza binti Haji Long, Timbalan Pengarah Perikanan Laut Sarawak, Tuan Jamil bin Musel, Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Bintawa, Sarawak, Encik Dokaner Kasto Anak Muning, Ketua Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan JPLS serta pegawai-pegawai dan kakitangan.

FishComm Hotline